Baca Artikel Ni Kalau Anda Nak Guna Kad Kredit!
Apa Itu Kad Kredit?
Kad kredit adalah sejenis kad yang boleh digunakan untuk membuat bayaran tanpa tunai. Kad ini boleh dimohon di institusi kewangan seperti bank. Terdapat pelbagai jenis kad kredit yang disediakan bergantung kepada keperluan anda.
Apabila anda membayar menggunakan kad kredit, pihak bank mendahulukan wang mereka terdahulu untuk pembayaran tersebut dan kemudian mereka akan menghantar penyata penggunaan kepada anda setiap bulan.
Proses Permohonan
Apabila anda memohon kad kredit di institusi perbankan, anda wajib menyemak terma dan syarat yang dikenakan supaya tidak memudaratkan anda apabila menggunakan kad tersebut pada masa akan datang. Kebiasannya terma dan syarat tersebut merangkumi;
- Jenis-jenis caj yang dikenakan
- Hak-hak dan tanggungjawab pemegang kad dan pengeluar kad kreditnya
- Perihal penggunaan
- Syarat-syarat pembayaran balik
- Liabiliti bagi urus niaga tanpa kebenaran
- Prosedur untuk membuat aduan, penyiasatan dan penyelesaiannya
- Kerahsiaan maklumat
Apabila anda telah menyemak dan bersetuju dengan terma dan syarat yang dikenakan, barulah anda tandatangan borang pengesahan penerimaan.
Caj Penggunaan Kad Kredit
Terdapat beberapa jenis caj yang dikenakan pada pengguna kad kredit, antaranya ialah;
Yuran Penyertaan
- Perlu dibayar sekali sahaja ketika pendaftaran.
Yuran Tahunan
- Perlu dibayar setahun sekali walaupun anda tidak menggunakan kad kredit anda.
Kadar Faedah
Caj ini dikenakan ke atas baki yang belum dibayar selepas tarikh tamat tempoh. Kadar faedah ini dikira pada kadar baki harian dan bermula dari 31 Mac 2009, kadar faedah baru yang dikenakan adalah seperti berikut;
- Pemegang kad yang menjelaskan bayaran minimum selama 12 bulan berturut-turut.
- Pemegang kad yang menjelaskan bayaran minimum selama 10 bulan atau lebih sepanjang tempoh 12 bulan.
- Lain-lain.
Caj Pengeluaran Tunai di Mesin ATM
Sekiranya anda menggunakan kad kredit anda untuk membuat pengeluaran wang di mesin atm, anda akan dicaj sebanyak 3% hingga 5% dari jumlah pengeluaran tunai dan caj kewangan bermula dari tarikh pengeluaran tersebut.
Saranan saya? Untuk pengeluaran wang tunai, gunakan khidmat rakan anda yang mempunyai terminal pembayaran dan buat pengeluaran menggunakan terminal tersebut.
Bayaran Minimum
Bayaran minimum untuk pembayaran balik hutang kredit kad adalah serendah 5% dari baki belum jelas kredit kad atau RM 50, yang mana lebih tinggi.
Caj Bayaran Lewat
Caj bayaran lewat dikenakan sekiranya anda gagal untuk menjelaskan sekurang-kurangnya jumlah bulanan minimum sebelum tarikh yang ditetapkan. Sekiranya anda bayar lewat dari tarikh yang ditetapkan, anda perlu membayar kadar faedah atas kredit anda dan juga caj bayaran lewat. Caj bayaran lewat boleh mencecah 1% dari baki belum jelas atau jumlah maksimum sebanyak RM75 manakala jumlah minimum sebanyak RM5. Rujuk pada bank untuk info lebih lanjut.
Tempoh Percuma Kadar Faedah (Free Interest Period)
Anda boleh menikmati pembayaran balik baki kad kredit tanpa dikenakan sebarang faedah. Untuk mendapatkan kelebihan ini, anda perlu menyelesaikan semua baki tertunggak dalam tempoh 20 hari selepas penyata penggunaan dikeluarkan dan pastikan anda tidak mempunyai baki belum jelas pada bulan sebelum.
Sekiranya anda mempunyai baki belum jelas pada bulan sebelum, anda tidak dapat menikmati kelebihan ini dan anda akan dikenakan kadar faedah seperti biasa. Untuk menikmati semula faedah ini, anda perlu langsaikan semua baki belum jelas pada bulan sebelum.
Kemudian, pada bulan seterusnya, langsaikan semua baki belum jelas dalam masa 20 hari selepas penyata penggunaan dikeluarkan dan anda tidak akan dikenakan sebarang kadar faedah pada bulan ini.
Contoh Pengiraan Tempoh Pembayaran Hutang Kad Kredit
Encik Aidil mempunyai kad kredit dengan had sebanyak RM 5000. Kadar faedah yang dikenakan adalah sebanyak 18 % setahun atau 1.5% sebulan. Encik Aidil telah berbelanja sebanyak RM 5000 dan beliau ingin membayar hutang pada kadar minimum iaitu sebanyak 5% dari hutang atau sebanyak RM 250.
Dalam kes Encik Aidil;
Bulan 1 :
Hutang :RM 5000
Bayaran minimum : RM 250
Kadar Faedah : (RM 5000 – RM250) X 1.5% = RM 71.25
Baki hutang = RM 5000 – RM 250 + RM 71.25 = RM 4821.25
Bulan 2 :
Hutang : RM 4821.25
Bayaran minimum : RM 250
Kadar Faedah : (RM 4821.25 – RM250) X 1.5% = RM 68.56
Baki hutang = RM 4821.25 – RM 250 + RM 68.56 = RM 4639.81
Berdasarkan kiraan di atas, Encik Aidil akan mengambil masa lebih kurang 70 bulan iaitu 5 tahun 10 bulan untuk menjelaskan hutangnya. Encik Aidil juga akan membayar kadar feadah lebih kurang RM 1912.09 (rujuk gambar di bawah).
Banyak kan? Belum lagi kira caj pembayaran lewat jika lambat bayar. Jadi berfikir panjanglah sebelum mengambil kad kredit.
!function(f,b,e,v,n,t,s)
{if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};
if(!f._fbq)f._fbq=n;n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;
n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];
s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window, document,’script’,
‘https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
fbq(‘init’, ‘758593751581195’);
fbq(‘track’, ‘PageView’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link