Tips Beli Rumah Pelaburan: Booster Hartanah
Beli rumah pelaburan tidaklah semudah seperti membeli rumah untuk duduk sendiri. Hal ini kerana apabila kita melabur dalam hartanah, hartanah yang dilaburkan itu mesti mendatangkan keuntungan sama ada keuntungan sewaan dan juga keuntungan melalui kenaikan harga hartanah. Tapi macam mana nak tahu kalau hartanah yang anda laburkan itu akan memberikan keuntungan pada masa akan datang? Jawapannya adalah Booster Hartanah.
Tips Beli Rumah Pelaburan: Apa tu Booster Hartanah?
Property booster ni kata mudahnya adalah elemen-elemen yang membuatkan hartanah tersebut mudah disewakan dan juga elemen yang menaikkan nilai jual hartanah dalam masa tempoh 5 hingga 10 tahun akan datang.
Pelabur gemar membeli hartanah yang ada booster kerana hartanah ini sebab senang untuk disewakan dan sekiranya hartanah ini dijual, boleh dapat untung lagi! So apakah elemen-elemen property booster yang dimaksudkan tu?
Tips Beli Rumah Pelaburan: Elemen-Elemen Property Booster
Booster Infrastruktur
Infrastruktur yang dimaksudkan adalah jalan raya, lebuh raya dan pengangkutan awam. Kenapa? Yelah bila dah ada jalan raya atau lebuh raya yang boleh menghubungkan dari satu bandar ke bandar yang lain dalam masa yang singkat, senang untuk seseorang bergerak ke mana-mana jer sama ada ke tempat kerja atau ke tempat hiburan.
Selain dari jalan raya/lebuh raya, terdapat booster kedua terpenting iaitu pengangkutan awam seperti bas, LRT, MRT dan Monorel.
Sesetengah rakyat Malaysia lebih gemar menggunakan pengangkutan awam dari kenderaan sendiri kerana dapat mengelak dari kesesakan trafik dan juga kerana tempat kerja mereka dekat dengan stesen pengangkutan awam.
Ramai yang nak beli atau sewa hartanah yang dekat dengan booster infrastruktur ini terutama pelabur tapi jumlahnya tak banyak. Sebab tu harganya boleh naik cepat walaupun anda jual lepas 5 tahun. Pastikan anda beli rumah pelaburan yang ada booster infrastruktur ya!
Booster Komersial
Booster ini menjadi pilihan pelabur yang tinggal di bandar. Ianya adalah pembangunan yang menjurus kepada tarikan peluang pekerjaan seperti kewujudan pejabat-pejabat, kilang dan premis kerja lain-lain. Ramai orang suka beli hartanah yang mempunyai booster komersial kerana jarak antara rumah dan tempat kerja mereka dekat.
Selain dari premis perkerjaan, terdapat juga booster lain seperti pusat beli belah, pusat tarikan pelancong dan pusat hiburan. Bagi rakyat Malaysia yang tinggal di bandar seperti di Kuala Lumpur, booster ini amat penting kerana disinilah tempat mereka berehat dan tenangkan fikiran selepas waktu kerja atau di hujung minggu.
Pusat beli belah juga menjadi pilihan orang ramai kerana pusat beli belah menawarkan pelbagai barang keperluan harian dan ada sesetengah pusat beli belah mempunyai kemudahan ekstra seperti bank, mesin atm dan pejabat pos.
Ramai yang nak beli atau sewa hartanah yang dekat dengan booster komersial tapi jumlahnya tak banyak. Sebab tu harganya boleh naik cepat walaupun anda jual lepas 5 tahun. Pastikan juga anda beli rumah pelaburan yang dekat dengan booster infrastruktur ya!
Booster Populasi
Booster populasi ini bermaksud kawasan itu selesa untuk didiami kerana mempunyai infrastruktur seperti dekat dengan pusat pengajian (tadika, sekolah dan universiti), pusat kesihatan (hospital, klinik dan farmasi), restoran, pusat kewangan (mesin atm & bank) dan pusat ibadah (masjid, gereja, tokong atau kuil). Kebiasaannya rakyat Malaysia yang sudah berkeluarga lebih cenderung memilih booster populasi.
Kesimpulan
Setiap booster mempunyai ciri-ciri yang berbeza dan memberi impak yang berbeza kepada hartanah anda. Apa-apa pun sebelum membuat pelaburan hartanah, selidik dulu hartanah tersebut dengan teliti dan pastikan hartanah tersebut benar-benar berkualiti.
!function(f,b,e,v,n,t,s)
{if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};
if(!f._fbq)f._fbq=n;n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;
n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];
s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window, document,’script’,
‘https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
fbq(‘init’, ‘758593751581195’);
fbq(‘track’, ‘PageView’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link