Pelaburan

Raikan Keindahan Cinta Dengan Penuh Gaya Eksklusif Di AVANTÉ Hotel

AzzKFCDH Untitled design

rumahkabin black

Istimewa buat raja sehari, pakar dalam merealisasikan perkahwinan impian, AVANTÉ Hotel menjanjikan majlis gilang gemilang dengan apa sahaja tema yang anda inginikan. Tidak kira majlis bertemakan Melayu, Cina, India ataupun Barat, anda juga boleh memilih tema mengikut idea dan cita rasa yang diinginkan.

Bermula daripada persiapan awal sehinggalah pada hari bersejarah anda dan pasangan, semuanya diatur dengan sempurna. Tiada yang lebih bermakna selain meraikan pasangan mempelai pada hari bersejarah di AVANTÉ Hotel.

AVANTÉ Hotel terletak di Bandar Utama, Petaling Jaya. Hanya lima minit berjalan di laluan pejalan kaki berbumbung bertingkat ke Stesen MRT Bandar Utama, ia menghubungkan anda dengan One Utama Shopping Centre yang merupakan antara pusat beli-belah terbesar di dunia.

Raikan Keindahan Cinta Dengan Penuh Gaya Eksklusif Di AVANTÉ HotelRaikan Keindahan Cinta Dengan Penuh Gaya Eksklusif Di AVANTÉ Hotel

Dengan 610 bilik hotel yang disediakan, pasangan pengantin dan ahli keluarga tidak perlu risau dengan barisan Bilik Superior, Deluxe hingga Suite. Dan pastinya Suite Pengantin yang luas (eksekutif) mempunyai ruang tamu berasingan, dapur kecil dan suite yang luas khas buat anda dan si dia yang tercinta!

Raikan Keindahan Cinta Dengan Penuh Gaya Eksklusif Di AVANTÉ HotelRaikan Keindahan Cinta Dengan Penuh Gaya Eksklusif Di AVANTÉ Hotel

Tidak hanya untuk pengantin, para tetamu juga boleh menikmati kemudahan di AVANTE Hotel di aras 15. Bermula dengan kolam air masin infiniti, jakuzi yang bersambung dengan kolam renang, CHXpress Fitness 24/7 (dibuka 24 jam), pusat rawatan kecantikan dan kelab kanak-kanak.

Jika perut terasa lapar pula, boleh sahaja menjamu selera di Chek’s Coffee House, Poolside Bar, King Cole Jazz dan Whiskey Lounge dan tempat makan di atas bumbung SkyDeck.

Raikan Keindahan Cinta Dengan Penuh Gaya Eksklusif Di AVANTÉ HotelRaikan Keindahan Cinta Dengan Penuh Gaya Eksklusif Di AVANTÉ Hotel

Beralih ke lokasi majlis yang mencipta lebih banyak momen indah, Grand Ballroom dilengkapi dengan sistem bunyi terkini, candelier geometri dan susun atur dewan tarian yang menarik membawa kepada pemandangan terus dari empat Skrin LED di dalam dewan. Tidak hanya itu, siling Grand Ballroom setinggi sembilan meter turut menyerlahkan kemewahan majlis bersama dua bilik utama untuk tetamu kehormat (VIP) anda.

See also  Jenama Rangkaian Mesin Penapis Air Premium, Wells Malaysia Kini Telah Membuka’ Showroom’ Yang Pertama Di Malaysia

Bagi tetamu yang merokok pula, AVANTE hotel menyediakan bilik khas yang berventilasi, jadi ia tidak menganggu tetamu lain. Merentasi Aras UC, G dan 1 pula, terdapat 11 bilik dan dewan yang boleh digunakan untuk mesyuarat, makan malam korporat, konvensyen, pameran, perkahwinan romantis dan banyak lagi,

Dengan pakej perkahwinan Mahligai Impian bermula dari RM1,888 dan ke atas, AVANTE hotel menyediakan pelbagai menu pilihan. Tetamu juga akan menerima minuman koktel dan snek ringan ketika menjejakkan kaki ke AVANTE hotel.

Raikan Keindahan Cinta Dengan Penuh Gaya Eksklusif Di AVANTÉ HotelRaikan Keindahan Cinta Dengan Penuh Gaya Eksklusif Di AVANTÉ Hotel

Berlatar belakangkan hiasan menawan dan bunga-bungaan, dekorasi dewan turut dihiasi dengan lampu ‘fairy light’, pasangan pengantin pasti akan dilayan seperti di alam fantasi dan cerita dongeng yang mengagumkan.

Tetamu pastinya tidak sabar menjamu selera dengan pelbagai hidangan lazat, bermula pembuka selera iaitu sup, hidangan utama dalam dome dan pencuci mulut. Anda dan ahli keluarga (maksimum 10 orang) diberi peluang untuk menikmati sajian terlebih dahulu (food testing).

Raikan Keindahan Cinta Dengan Penuh Gaya Eksklusif Di AVANTÉ HotelRaikan Keindahan Cinta Dengan Penuh Gaya Eksklusif Di AVANTÉ Hotel

Untuk melengkapkan malam indah itu, anda berpeluang menayangkan kenangan manis pasangan pengantin pada skrin LED yang dibina khas dengan sistem bunyi mengagumkan. Istimewa untuk tetamu anda, mereka bakal menikmati tempat letak kereta dengan kadar istimewa. Jadi tetamu anda boleh berlama-lama meraikan hari bahagia anda!

Raikan Keindahan Cinta Dengan Penuh Gaya Eksklusif Di AVANTÉ HotelRaikan Keindahan Cinta Dengan Penuh Gaya Eksklusif Di AVANTÉ Hotel

Selepas majlis perkahwinan diraikan, nikmati penginapan 2 hari 1 malam di Bilik Suite Eksekutif  yang mewah untuk pasangan pengantin berserta bufet sarapan pagi di Chek’s Coffee House. Ahli keluarga yang menginap juga akan menikmati dua Bilik Superior percuma dengan sarapan pagi.

Pakej perkahwinan Mahligai Impian sah sehingga 31 Disember 2023. Tempahan minimum 30 meja diperlukan untuk layak mendapat pakej penuh.

Untuk informasi lanjut, hubungi pakar perkahwinan kami di talian 03-7681 7777/03-7681 7769 (DID), WhatsApp: 016-302 6808 atau e-mel kepada [email protected]. Untuk butiran lanjut, layari laman web https://www.avantehotel.com.my/weddings/

See also  Tidak Lagi Wajib Matikan Telefon Sewaktu Berlepas & Mendarat Dengan Pesawat MAS, Firely

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link