Cara Sebenar Jaga Wiper Bila Parking Di Kawasan Terbuka, Tak Perlu Angkat Pun
Pernah tak anda lihat kereta yang di letakkan di kawasan letak kereta terbuka dengan pengelap cermin atau wiper di angkat? Malah besar kemungkinan ramai juga di antara anda melakukan amalan ini.
Amalan mengangkat wiper ini dikatakan untuk menjaga kondisinya agar tidak cepat rosak di bawah sinaran dan suhu panas cahaya matahari. Tapi adakah amalan ini benar-benar berkesan atau hanya mitos semata?
Selain itu ramai juga percaya dengan mengangkat wiper ke atas ia boleh menghalan habuk dan kotoran berkumpul pada bahagian cermin. MASKULIN tertarik dengan perkongsian dari TikTok saudara James Alatin yang mengatakan perbuatan itu tidak benar.
Malah dia turut berkongsi beberapa tip menarik cara yang sebenar untuk menjaga kondisi wiper agar jangaka hayatnya lebih panjang dan mempunyak ketahanan lebih tahan lama.
Ikuti beberapa tip yang dikongsi beliau di bawah
BERSIHKAN WIPER
Pertama sekali kena selalu bersihkan wiper menggunakan kain basah dan lap dengan sebaiknya. Jangan hanya bila nak cuci kereta sahaja kena bersihkan wiper.
BERSIHKAN CERMIN DEPAN
Jangan tunggu bila nak cuci kereta sahaja nak bersihkan cermin depan. Tahukah anda cermin depan merupakan antara komponen kereta yang paling banyak terdedah dengan kotoran.
Jadi bersihkanlah cermin hadapan dari semasa ke semasa dengan kerap. Apabila cermin bebas kotoran, wiper pun boleh berfungsi dengan baik dan tidak mudah rosak.
PILIH LOKASI TEDUH
Ini cara paling mudah. Jika ada pilihan, carilah lokasi tempat letak kereta yang berbumbung atau teduh. Antara musuh utama wiper kereta anda ialah cahaya dan bahang matahari yang panas.
Buat anda yang sering naikkan atau angkat wiper, terpulang pada anda untuk teruskan amalan itu. Tapi perkara yang paling penting dalam penjagaan wiper adalah kena selalu bersihkannya dan cermin pun kena sentiasa dalam keadaan bebas kotoran.
Artikel Berkaitan: 8 Punca Kereta Terasa Berat Ketika Dipandu, Salah Satunya Timing Enjin Lari
Semoga perkongsian ini mampu memberikan manfaat kepada anda. Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Kredit: James Alatin
@james_alatin Wiper Kena Up ??? #alatin #james_alatin #kereta #car #carmalaysia #cermin #cermingelap #tinted #tintedwindows #jaga #hatihati #penting #wiper ♬ original sound – James_Alatin
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link