Tengok Nasi Pun Dah Terliur. Rupanya Begini Cara Che Puan Gojes Buat Nasi Ayam, Tak Perlu Tumis Bahan!
Menu nasi ayam diakui mampu membuka selera anak-anak malah kita orang dewasa juga cukup menggemarinya.
Menyentuh dalam penyediaan nasi ayam itu sendiri, sebenarnya memerlukan dimasak dengan ramuan-ramuan tertentu untuk menghasilkan rasanya yang enak malah beraroma. Bahkan untuk menyuntik seri warna hidangan nasi tersebut, kebiasaannya akan berwarna kuning kekuningan agar nampak lebih menyelerakan.
Pun begitu, diakui untuk menyediakan nasi ayam ini ada yang menggunakan teknik masakan hingga memerlukan bahan-bahan perlu ditumis dahulu di dalam kuali kemudian diasingkan pula bahan ke dalam periuk nasi dan beberapa langkah lainnya yang menyebabkan seakan begitu leceh untuk dimasak.
Namun melalui perkongsian di Facebook oleh Che Puan Gojes, rupa-rupanya ada teknik memasak nasi ayam yang cepat, mudah dan ringkas. Meskipun menggunakan bahan-bahan asas dan tanpa perlu ditumis, namun hasilnya cukup puas hati.
Susulan daripada itu, perkongsian daripadanya ini telah berjaya mencuri tumpuan warganet bahkan turut memberikan respon setelah ada yang mencuba resipi yang dikongsikan dan mengakui memang ‘menjadi’ dan enak rasanya.
Jadi buat anda yang bercadang untuk sediakan menu istimewa untuk keluarga dengan cepat dan mudah, bolehlah jadikan menu nasi ayam ini sebagai pilihan utama.
RESIPI NASI AYAM
Bahan-bahan:
5 cawan beras basmathi- Rendam dengan air dan garam semalaman. Pagi esok tapis sebelum masak. Kalau rendam lama potensi panjang tu lagi besh.. cik puan gojes pakai pusa king 1121
2 sudu buttercup
2 sudu minyak bijan (ni cik puan gojes suka letak 6 sudu.. sebab suka minyak bijan)
2 sudu minyak biasa
Pandan 2 helai
Halia 5 potong
Air rebusan ayam 7.5 -8 cawan (nisbah 1 cawan beras 1.5 cawan air)
Garam secukup rasa & stok ayam maggi
Bunjut sup
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
ARTIKEL MENARIK
Cara Penyediaan:
Masuk semua bahan.. buka rice cooker tekan cook. 10 minit siap.. untuk 10 orang makan.
Sumber : Cik Puan Gojes
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link