Hartanah

Rezeki Harissa Miliki Mata Cantik, Bulu Mata Lentik. Comel Anak Sheera Iskandar!

Rezeki Harissa Miliki Mata Cantik, Bulu Mata Lentik. Comel Anak Sheera Iskandar!

rumahkabin black

Gambar Hiasan 2023 02 06T164210.226

Comelnya anak perempuan Sheera Iskandar! Memiliki sepasang mata yang cantik, ramai memuji kecomelan anak selebriti ini. Makin membesar sihat dan aktif, bayi perempuan yang diberi nama Puteri Long Harissa ini nyata mencuri tumpuan peminat ibunya.

Rezeki Harissa Miliki Mata Cantik, Bulu Mata Lentik. Comel Anak Sheera Iskandar!Rezeki Harissa Miliki Mata Cantik, Bulu Mata Lentik. Comel Anak Sheera Iskandar!

22 Februari ini, genap sembilan bulan usia Harissa. Sheera atau nama sebenarnya Tengku Shaheera Ilani Tengku Iskandar Putra selamat melahirkan anak sulung pada usia 37 tahun pada 22 Mei 2022 di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rezeki Harissa Miliki Mata Cantik, Bulu Mata Lentik. Comel Anak Sheera Iskandar!Rezeki Harissa Miliki Mata Cantik, Bulu Mata Lentik. Comel Anak Sheera Iskandar!

Sejak berkahwin dan bergelar ibu, tidak dinafikan anak kepada pelakon jelita veteran, Aznah Hamid ini makin berseri-seri.

Buat pembedahan buang cyst dan alami PCOS

Sementara itu, Sheera turut memberitahu pernah menjalani pembedahan membuang cyst di ovari. Hasil pembedahan itu doktor mendapati Sheera turut mengalami Polycystic Ovary Syndrome atau PCOS.

Rezeki Harissa Miliki Mata Cantik, Bulu Mata Lentik. Comel Anak Sheera Iskandar!Rezeki Harissa Miliki Mata Cantik, Bulu Mata Lentik. Comel Anak Sheera Iskandar!

“Doktor kata faktor penyakit ini adalah daripada keturunan dan genetik diabetic. Bila dah berumah tangga ni, lagi saya kena jaga. Sebelum bedah, bahagian yang ada cyst tu timbul tapi sekarang dah susut.

Waktu saya kena bedah kalau tak silap tahun 2015. Masa tu saja pergi buat medical check up memandangkan umur pun dah lebih 30 tahun.

Start dari situ, saya jaga pemakanan dan elakkan makanan yang boleh aktifkan cyst tu balik. Alhamdulillah, kahwin ada rezeki dapat mengandung semula jadi tanpa apa-apa rawatan kesuburan.

Yang penting kena tahu keadaan badan macam mana. Jaga pemakanan itu penting. Sebelum kahwin lagi memang saya dah amalkan pengambilan folic acid dan fish oil.

Rezeki Harissa Miliki Mata Cantik, Bulu Mata Lentik. Comel Anak Sheera Iskandar!Rezeki Harissa Miliki Mata Cantik, Bulu Mata Lentik. Comel Anak Sheera Iskandar!

Semoga rumah tangga Sheera dan suami lebih bermakna dengan kehadiran puteri sulung di samping sukses dalam kerjaya yang diceburi.

Sumber: NONA & IG Sheera Iskandar

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

 

 

 

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link