5 Jam Pintar Kecergasan Harga Mampu Milik Terbaik Boleh Bantu Senaman Anda
Perkembangan teknologi pintar terkini membuatkan aktiviti senaman menjadi bukan sahaja lebih mudah malah lebih menyeronokkan.
Jam pintar sebagai contohnya mampu memberikan maklumat dan data dengan sekelip mata kepada anda. Malah sesetengah data itu diperolehi dalam masa sebenar atau ‘real time’. Dengan data-data yang anda perolehi ini maka merancang senaman menjadi lebih mudah.
Setiap orang mempunyai fisiologi berbeza dan kehendak senaman yang mungkin lebih unik berbanding orang lain. Di sinilah jam pintar memainkan peranan yang sangat penting.
Sesetengah jam tangan pintar khusus untuk kecergasan sangat canggih sehingga boleh membantu anda mengenal pasti masalah kesihatan seperti AFib (fibrilasi atrium, juga dikenali sebagai degupan jantung yang tidak teratur).
Jam pintar terkini di pasaran juga kebanyakannya mempunyai ciri mampu membantu anda memantau segala-galanya daripada tahap pemulihan dan tenaga anda kepada seberapa baik anda tidur setiap malam.
Pada tahap yang lebih asas, jam tangan kecergasan terbaik boleh menawarkan ketersambungan GPS untuk membantu anda mengikuti kursus latihan anda dan menawarkan data lokasi yang jelas. Dari situ pelbagai program latihan terbina dalam dan penjejakan aktiviti asas.
Ia juga sebenarnya bergantung pada matlamat kecergasan anda. Sebagai contoh jika ingin menurunkan berat badan atau mengurangkan masa PR jarak jauh anda. Aplikasi dan ciri pada jam pintar juga boleh membantu anda mengenal pasti kekurangan latihan anda atau mungkin memaksanya terlalu keras.
Tapi mungkin anda tertanya-tanya apakah jam pintar kecergasan yang sesuai mengikut kesesuaian aktiviti kecergasan atau penggunaan harian anda? Berikut MASKULIN senaraikan 5 jam pintar kecergasan terbaik yang mampu membantu aktiviti senaman dan kesihatan anda menjadi lebih mantap.
FITBIT CHARGE 5
Terbaik Kategori Asas
Kelebihan
– kalis air sehingga 50 meter
– harga mampu milik
– rekaan yang nipis
Kekurangan
– tidak hadir bersama sensor mengesan data kecergasan lebih terperinci
Dapatkan di sini: https://invol.co/clh6mhn
GARMIN VENU SQ
Terbaik Aktiviti Kecergasan Indorr
Kelebihan
– mampu bantu merancang aktiviti senaman seperti yoga, kardio dan pilates
– pengawasan kecergasan dengan sensor
– skrion berwarna menarik
Kekurangan
– bateri yang mampu bertahan 14 jam sahaja dengan mode GPS
Dapatkan di sini: https://invol.co/clh6mnc
SAMSUNG GALAXY WATCH 5
Terbaik Paling Lasak
Kelebihan
– sokongan case titanium
– skrin kalis calar dan lasak
– ciri latihan tidur dan body comp yang terkini
Kekurangan
– tidak berapa ideal untuk aktiviti kecergasan di dalam air
Dapatkan di sini: https://invol.co/clh6mw4
COROS PACE 2
Terbaik Aktiviti Luaran
Kelebihan
– harga mampu milik
– jam peringkat entri terbaik untuk larian
– mod latihan boleh ubah
Kekurangan
– tidak mempunyai banyak spesifikasi seperti jam GPS lebih tinggi
Dapatkan di sini: https://invol.co/clh6n2e
GARMIN FORERUNNER 955
Terbaik Latihan Larian Jarak Jauh
Kelebihan
– tersedia dengan latihaan larian dan pengesanan pola tidur
– lengkap spesifikasi untuk larian maraton dan triatlon
– ketahanan bateri yang lama
Kekurangan
– sedikit mahal dari jam peringkat entri
Dapatkan di sini: https://invol.co/clh6n7v
Semoga perkongsian ini mampu membantu anda memilih jam pintar dengan lebih bijak!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link