Hartanah

Arab Saudi Lancar Nusuk & Umrah+, Kini Lebih Mudah Nak Buat Umrah Dan Melawat Destinasi Pelancongan Di Tanah Arab

Arab Saudi Lancar Nusuk & Umrah+, Kini Lebih Mudah Nak Buat Umrah Dan Melawat Destinasi Pelancongan Di Tanah Arab

rumahkabin black

Nak Menunaikan ibadah Umrah kini lebih mudah dengan Nusuk dan juga pakej Umrah+ yang membolehkan pelawat dari malaysia menjelajah ke lebih banyak destinasi di tanah Arab yang asli dan bersejarah.

Bukan sahaja nak tunaikan umrah lebih mudah dengan pelantar rasmi digital bersepadu, Nusuk yang juga ada dalam versi Bahasa Melayu, malah orang Malaysia juga boleh singgah ke destinasi pelancongan menarik di Arab Saudi yang kaya dengan budaya dan sejarah.

Pihak Berkuasa Pelancongan Saudi atau lebih dikenali dengan Saudi Tourism Authority (STA) pada 6 Mac telah berjaya mengadakan jerayawara bersama 21 rakan kongsi termasuk syarikat pengurusan destinasi dan pemilik hotel dari Saudi Arabia, berserta syarikat Umrah dan persatuan pelancongan Malaysia di Kuala Lumpur untuk mengumumkan pelancaran Nusuk (nusuk.sa). Nusuk.sa ialah pelantar digital bersepadu Umrah yang baharu, yang mengalu-alukan jemaah Umrah dari seluruh dunia untuk merasai pengalaman Umrah secara menyeluruh.

Arab Saudi Lancar Nusuk & Umrah+, Kini Lebih Mudah Nak Buat Umrah Dan Melawat Destinasi Pelancongan Di Tanah ArabArab Saudi Lancar Nusuk & Umrah+, Kini Lebih Mudah Nak Buat Umrah Dan Melawat Destinasi Pelancongan Di Tanah Arab

Nusuk Mudahkan Perjalanan Ibadat Umrah

Nusuk, satu inisiatif yang dilancarkan oleh Pihak Berkuasa Pelancongan Saudi dengan kerjasama Program Pengalaman Jemaah Umrah Wawasan 2030 telah diumumkan dalam majlis yang dihadiri oleh Menteri Haji dan Umrah, Tuan Yang Terutama Dr. Tawfiq bin Fawzan Al-Rabiah.  Nusuk akan meluaskan lagi pilihan dan meningkatkan keseluruhan pengalaman umat Islam yang melawat Saudi dan meringkaskan prosedur ketibaan bagi pengunjung yang datang untuk mengerjakan Umrah.

Menteri Haji dan Umrah, Tuan Yang Terutama Dr. Tawfiq bin Fawzan Al-Rabiah, berkata, “Kini kami membuka semula pintu untuk menyambut ketibaan kumpulan jemaah Umrah yang paling besar dari seluruh dunia ke Saudi selepas pandemik, dan kami tidak sabar untuk memberikan pengalaman penempahan yang lancar dan menyeluruh, dengan pilihan perjalanan yang diperluaskan akan membawa mereka menempuh kembara keimanan melalui beberapa tarikan dan tawaran yang bercirikan Islam di antara Mekah dan Madinah, seterusnya merasai saat yang menakjubkan dan mengenali Saudi yang kaya dengan budaya dan warisan.”

Fahd Hamidaddin, Ketua Pegawai Eksekutif serta Ahli Lembaga Pengarah Pihak berkuasa Pelancongan Saudi serta Pengarah Urusan Nusuk, menyatakan, “Kami komited untuk menjadikan Saudi sebuah negara yang mudah dikunjungi oleh semua pelawat. Untuk jemaah Umrah kami telah melancarkan pelantar digital Nusuk yang direka bentuk untuk jemaah Umrah dan pelawat merancang perjalanan ibadah mereka dengan lancar. Jemaah Umrah dari Malaysia boleh memohon e-visa pada pelantar Nusuk dan boleh menempah pakej khas ke Mekah, Madinah dan tempat-tempat lain. Kami juga bekerjasama dengan rakan kongsi untuk menggalakkan jemaah Umrah menjelajah negara kami yang indah dan merasai pengalaman yang pelbagai dengan program Umrah+. Saudi mengalu-alukan seluruh dunia untuk melawat destinasi baharu yang paling berkembang pesat dan sempadan pelancongan percutian yang belum diterokai. Ia memberi peluang perniagaan baharu yang tiada bandingan untuk rakan kongsi yang mahu menawarkan pengalaman yang memikat hati, jiwa dan impian para pelancong ke Saudi.”

Alhasan Aldabbagh, Presiden Nusuk-APAC, berkata, “Kami sentiasa melakukan inovasi yang berterusan dan pelancaran pelantar Nusuk dalam Bahasa Melayu membuktikan ketangkasan kami dalam memenuhi keperluan pasaran. Kami berharap untuk menyambut lebih ramai pengunjung dari Malaysia berbanding sebelum ini. Nusuk akan memudahkan dan melancarkan perancangan dan penempahan perjalanan jemaah Umrah, seterusnya menggalakkan para jemaah Umrah untuk mengenali Saudi selain daripada sebagai tempat ibadah.

Arab Saudi Lancar Nusuk & Umrah+, Kini Lebih Mudah Nak Buat Umrah Dan Melawat Destinasi Pelancongan Di Tanah ArabArab Saudi Lancar Nusuk & Umrah+, Kini Lebih Mudah Nak Buat Umrah Dan Melawat Destinasi Pelancongan Di Tanah Arab

Malaysia yang merupakan pasaran strategik utama bagi Saudi kini mengukuhkan lagi hubungan dengan rakan kongsi dan komited untuk melabur dan bekerjasama dengan syarikat tempatan untuk memastikan pengalaman yang bersesuaian dan menarik bagi pasaran Malaysia. Tahun lalu, Saudi telah menerima 312,000 orang pengunjung dari Malaysia dan tahun ini mereka menjangka bilangan ini akan meningkat dua kali ganda.

Umrah+ Beri Peluang Melawat Ke Destinasi Pelancongan Di Arab Saudi

Bagi memastikan matlamat ini tercapai, Pihak Berkuasa Pelancongan Saudi mengumumkan dua inisiatif utama semasa jerayawara Malaysia: pakej Umrah+ yang dipertingkatkan dan Visa Persinggahan.

Arab Saudi Lancar Nusuk & Umrah+, Kini Lebih Mudah Nak Buat Umrah Dan Melawat Destinasi Pelancongan Di Tanah ArabArab Saudi Lancar Nusuk & Umrah+, Kini Lebih Mudah Nak Buat Umrah Dan Melawat Destinasi Pelancongan Di Tanah Arab

Pakej Umrah+ yang dipertingkatkan disediakan bagi membolehkan pengembara mengetahui bahawa Saudi kini telah menjadi destinasi pelancongan menarik yang kaya dengan budaya dan sejarah, alam semula jadi yang indah dan landskap yang pelbagai. Terdapat 6 tapak Warisan Dunia UNESCO dan lebih daripada 10,000 tapak arkeologi yang menunggu untuk diterokai di Saudi, termasuk Al Balad di Jeddah, Turaif di Diriyah – tempat kelahiran Saudi serta pergunungan Aseer dan pekan kecil yang menjanjikan pengalaman warisan dan kebudayaan – yang akan memberi peluang kepada pelawat untuk merasai pengalaman tanah Arab yang sebenar.

Visa Persinggahan yang diumumkan baru-baru ini terbuka untuk semua pelawat yang berkunjung untuk melancong, urusan perniagaan dan ibadah yang menaiki pesawat SAUDIA dan Flynas. Pelawat boleh singgah di Saudi sehingga 96 jam dan menikmati satu malam penginapan hotel bersama Saudia yang diberikan secara percuma. Ini menjadikan Saudi sebagai persinggahan yang tepat untuk rakyat Malaysia yang dalam perjalanan ke Eropah, UK dan AS.

Arab Saudi Lancar Nusuk & Umrah+, Kini Lebih Mudah Nak Buat Umrah Dan Melawat Destinasi Pelancongan Di Tanah ArabArab Saudi Lancar Nusuk & Umrah+, Kini Lebih Mudah Nak Buat Umrah Dan Melawat Destinasi Pelancongan Di Tanah Arab

Saudi telah melabur dalam beberapa projek mega seperti Qiddiya, Neom dan Murabba baharu di Riyadh yang diumumkan baru-baru ini, dipanggil ‘Mukaab’ yang bakal menjadi pusat bandar moden terbesar di dunia.

Ketahui lebih lanjut tentang tawaran pelancongan Saudi pada lama web Visit Saudi atau layari Nusuk di nusuk.sa.

 

 

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link