Kek Pisang Coklat Kluster Kayangan. Rasa Mewah, Sedap Tak Terkata
Terliur juga saat melihat kek pisang coklat ini. Melihatkan rupa bentuknya saja dah tahu yang rasanya pasti premium. Bukan rasa kek pisang yang biasa. Memang patutlah namanya Kek Pisang Coklat Kluster Kayangan.
Sebelum ini, memang ramai juga yang dah mencuba resipi ini. Menurut Suhasnida Ismail yang berkongsi resipi viral ini, sahabatnya Rushdi Lazim merupakan pemilik asal resipi kek pisang coklat ini.
Diperakui kesedapannya, Kek Pisang Coklat Kluster Kayangan ini memang lain daripada biasa. Rasanya sangat sedap, teksturnya lembab dan cukup mewah dengan coklat.
Paling penting, mudah membuatnya, Tak perlu gunakan blender mahupun mixer. Bahannya juga ada diletakkan cuka untuk menghasilkan buttermilk. Jom cuba buat.
BAHAN-BAHAN:
4 biji pisang
½ cawan susu full cream/fresh – Boleh beli online di sini
½ sudu makan cuka – Boleh beli online di sini
120g soft brown sugar
115g mentega
160g tepung naik sendiri – Boleh beli online di sini
½ sudu kecil soda bikarbonat – Boleh beli online di sini
25g serbuk koko
½ sudu kecil garam
Bahan hiasan:
Walnut/ badam yang dibakar
Chocolate chips – Boleh beli online di sini
CARA MEMASAK:
Mula-mula, lenyekkan pisang.
Kemudian, campurkan susu dengan cuka untuk dijadikan buttermilk. Biarkan seketika dalam anggaran masa 10 minit.
Cairkan mentega di dalam pan.
Menjadi begini.
Campurkan pula susu dengan gula di dalam mangkuk. Godek-godekkannya dan masukkan mentega yang telah dicairkan tadi.
Masukkan buttermilk (campuran susu dan cuka) tadi.
Setelah itu, ayakkan tepung, soda bikarbonat dan juga serbuk koko. Masukkan ke dalam adunan tadi.
Kemudian, masukkan garam dan pisang.
Masukkan pula 2 genggam chocolate chips dan segenggam walnut jika mahu kekacang. Salutkan chocolate chips dengan tepung untuk elakkan daripada mendap dan mencair di dalam adunan ketika membakar nanti.
Taburkan lagi di atas kek tadi lebihan coklat dan kekacang yang ada.
Bolehlah dibakar pada suhu 150c selama 45 minit atau sehingga kek masak. Adunan kek ini menggunakan loyang 7 inci.
Kek ini akan lebih sedap jika menggunakan coklat Belgium dan pure butter. Selamat mencuba.
Kredit: Suhasnida Ismail
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Aiskrim Vanila Coklat, Rasa Premium Tapi Kos Buat Murah Betul!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source