Doa Awal Tahun (Bahasa Arab dan Rumi)
Apakah lafaz doa awal tahun? Artikel pada kali ini kami ingin berkongsi kepada anda tentang doa awal tahun dan perkara-perkara yang perlu dirancang setiap awal tahun.
Pengenalan
Melangkah ke tahun baru, memerlukan kita untuk mempunyai keazaman yang baru juga. Kehidupan tidak selamanya menunggu kita sebentar untuk memperbaiki diri, tetapi kitalah yang sebenarnya perlu membuka langkah terlebih dahulu.
Dalam Al-Quran, Allah SWT ada berfirman
Maksudnya: “Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan saling menasihati supaya mentaati kebenaran dan saling menasihati supaya menetapi kesabaran.” (Surah al-Asr, ayat 1-3)
Untuk merancang memajukan diri pada masa depan, ia perlu juga dilihat pada aspek keperluan semasa dan jangka panjang. Apa yang kita capai pada tahun lalu perlu dijadikan penanda aras untuk azam tahun baru. Sedangkan kesilapan lalu harus dijadikan panduan untuk tidak melakukan silap yang sama lagi.
Sebagi seorang Muslim, kita perlu merancang dan meletakkan wawasan jangka masa panjang sehingga akhirat. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT,
Maksudnya: “Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat Nya yang melimpah-ruah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan.” – (Surah al-Qasas, ayat 77)
Doa awal tahun
Maksudnya: “Wahai tuhan, engkaulah yang kekal abadi, sediakala, lagi terawal, engkau berada di atas kelebihan-mu yang besar, dan kemurahanmu yang melimpah-ruah. Ini adalah tahun baru yang telah sampai kepada kami. Kami memohon kepada mu perlindungan di dalamnya (tahun ini) daripada syaitan, para pembantunya, dan bala tenteranya, (kami memohon) bantuan untuk mengatasi nafsu amarah yang mengajak ke arah kejahatan, dan kesibukan dengan perkara-perkara yang mendekatkan kami kepada mu sedekat-dekatnya, wahai tuhan yang memiliki kebesaran dan kemulian, wahai tuhan yang maha mengasihani.”
Waktu doa awal tahun dibaca
Tempoh masa yang sesuai untuk kita baca doa awal tahun adalah selepas waktu Maghrib sebanyak 3 kali pada malam 1 Muharram.
Perkara-perkara yang perlu dirancang setiap awal tahun
Setiap orang pastinya akan mempunyai perancangan sendiri untuk memulakan tahun baru. Ia bergantung juga kepada profesion kita ketika itu sama ada sebagai seorang pekerja, pelajar, suri rumah, atau sebagainya. Di antara contoh perkara-perkara yang perlu dirancang setiap tahun adalah seperti:
1. Rancang ekonomi diri yang lebih teratur
Tidak dinafikan perancangan ekonomi diri haruslah sentiasa berubah-ubah mengikut tahun. Hal ini kerana, harga pasaran tidak selamanya kekal sebaliknya boleh tinggi dan menurun juga. Di tambah komitmen yang semakin bertambah jadi amatlah wajar untuk kita sendiri mempunyai perancangan ekonomi yang lebih teratur dan fleksibal.
Zaman sekarang melakukan dua hingga tiga kerja dalam satu masa bukanlah sesuatu yang pelik lagi. Ada orang pagi mereka bekerja 8 pagi hingga 5 petang, lalu kemudian dalam masa yang sama turut melakukan kerja-kerja freelance di hujung minggu seperti menjadi ghostwriter, pemandu Grab, penulis blog, content writer, atau sebagainya.
2. Luaskan networking dengan orang dari pelbagai bidang
Salah satu cara untuk menambah kemahiran dan ilmu adalah dengan mempunyai networking yang baik. Apa sahaja medium yang dirasakan mampu untuk membantu kita sama ada secara fizikal, atau media sosial ianya secara tidak langsung akan memberikan impak dalam kehidupan.
Contohnya jika kita seorang penulis novel, kita boleh ikut kumpulan-kumpulan penulis dai Facebook atau di Telegram untuk menambah lagi ilmu pengetahuan dan berkongsi buah fikiran bersama. Lama kelamaan networking ini akan semakin meluas dan kita boleh kenal ramai lagi orang dalam bidang penulisan juga seperti pereka kulit buku, penerbit, editor, dan sebagainya.
3. Tetapkan satu matlamat besar dalam kerjaya
Bekerja semata-mata untuk mendapat gaji dan bekerja kerana minat dan gaji, kedua-duanya adalah berbeza. Apabila kita bekerja hanya untuk mendapatkan gaji setiap bulan, kita mungkin tidak dapat rasa kepuasan dalam mencapai sesuatu kejayaan. Namun mereka yan mempunyai misi dan visi dalam kerjaya, boleh melangkah lagi jauh dalam kerjaya yang disukai itu.
4. Utamakan keluarga dari segalanya
Lebihkan masa bersama keluarga khususnya di hujung minggu. Ketepikan sebentar laptop dan gajet lalu beri fokus melayan anak-anak dan isteri di rumah. Bawa mereka keluar menenangkan fikiran dengan itu kita boleh wujudkan waktu bonding dengan lebih berkualiti.
5. Wujudkan kesihatan mental yang baik
Kesihatan mental sangat mempengaruhi kehidupan manusia pada hari ini dengan tekanan, produktiviti kerja, dan emosi. Mereka yang mempunyai tahap kesihatan mental yang baik boleh mengekalkan fungsi biologi, psikologi, sosial, dan kerohanian yang baik.
6. Mula baiki peribadi sebagai seorang hamba Allah
Sejahat-jahat manusia, tiada manusia yang mahu mengakhiri kehidupan mereka dengan menerjunkan diri sendiri dalam api neraka. Pasti ada sekelumit rasa untuk berubah walaupun dia belum lagi berubah. Oleh itu, cuba untuk kita ubah sedikit demi sedikit diri kita agar menjadi hamba Allah yang disayangi oleh Nya.
Allah SWT berfirman yang bermaksud,
“Dan orang-orang yang telah mengerjakan keburukan, kemudian setelah itu mereka bertaubat dan beriman, nescaya setelah itu Tuhan Mu sungguh maha pengampun lagi maha penyayang.” – (Surah Al A’raf, ayat 153)
Bagaimana untuk kekalkan azam tahun baru?
Inilah yang menjadi masalah untuk semua orang. Bila tidak ada azam, kita rancang azam baru. Tetapi bila ada azam pula, kita susah untuk istiqamah dengan azam sendiri. Bak kata pepatah, “Hangat-hangat tahi ayam.”
Jadi persoalannya bagaimana untuk kekalkan azam? Untuk mengekalkan azam tahun baru perkara pertama yang kita perlu lakukan adalah ubah gaya fikir dan mentaliti. Berfikir positif dapat membantu kita menguruskan kehidupan dengan lebih baik. Ia perlu bermula dengan diri kita sendiri. Dengan membudayakan pemikiran positif setiap hari, sekurang-kurangnya kita dapat bertahan dengan baik walaupun sekeliling persekitaran negatif.
Selain itu matlamat haruslah jelas. Jangan rancang terlalu banyak azam sehingga kita sendiri tidak terdaya untuk lakukan. Mulakan dengan yang paling mudah kemudian tingkatkan sedikit menjadi lebih kompleks.
Di samping itu, kita juga haruslah memupuk sikap suka membaca dalam diri. Membaca dapat memberikan kita ingatan yang lebih kuat, membuka minda menjadi lebih luas, meningkatkan pengetahuan dalam diri, meningkatkam daya fokus dan ketajaman fikiran, dan banyak lagi.
Allah SWT dalam Surah Al-Alaq, ayat 1 hingga 5,
Maksudnya: “Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhan Mu yang menciptakan sekalian makhluk, ia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhan Mu yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”
Akhir sekali, pastikan perubahan yang dilakukan ikhlas kerana diri sendiri. Sesuatu yang dibuat untuk diri lebih bermakna berbanding kerana orang lain atau demi mendapatkan sesuatu. Contohnya kita ingin kurus sebab hendak lebih sihat, aktif, dan terhindar daripada penyakit. Bukannya mahu kurus supaya orang lain suka pandang kita atau sebagainya.
Kesimpulan
Diharapkan artikel berkenaan dengan doa awal tahun dan perkara-perkara yang perlu dirancang boleh memberikan kita ilmu pengetahuan yang bermanfaat dan berguna. Jangan lupa tahun baru, azam pun kena baru.
Bacaan Doa yang lain
Rujukan
- Senarai Amalan Sunat Bulan Zulhijjah & Hari Arafah. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
- Muhasabah Untuk Berubah. IKIM
- Usah Lepaskan Peluang Baca Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Petang Ini. SinarPlus
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source