7 Perkara Suami Kena Buat Bila Isteri Mengandung, Saranan Doktor
Isteri hamil perlukan peranan suami sepanjang kehamilan. Hal ini kerana wanita lebih sensitif semasa sedang hamil yang disebabkan oleh perubahan dalam hormon mereka. Semasa hamil, isteri perlu menanggung kesakitan, kerap berjumpa doktor dan kadang-kadang sering keletihan. Justeru itu, sebagai suami, anda perlulah menunjukkan sokongan anda kepada pasangan dan meringankan beban kehamilan isteri.
Baby yang dikandung isteri adalah anak bersama. Tak rugi suami menunjukkan kasih sayang pada isteri. Isteri yang bahagia akan melahirkan anak yang stabil emosinya.
Tonton video ini:
@drlilyfariza Baby yang dikandung isteri adalah anak bersama. Tak rugi suami menunjukkan kasih sayang pada isteri. Isteri yang bahagia akan melahirkan anak yang stabil emosinya. Wahai para suami, please take note. Kasihanilah isteri kalian. Fahami keadaan ibu mengandung, pelajari bersama-sama ilmu kehamilan dan kelahiran. Isteri bahagia akan jadi ibu yang hebat ❤️ #drlilyfariza #lilfierra #40weeksofblessing #ibuhamil #pregnant #womenwellness #jurnalkehamilan #40minggunanindah #antenatalclass #womenwellness ♬ Yasir Lana – arief akdw
Wahai para suami, please take note. Kasihanilah isteri kalian. Fahami keadaan ibu mengandung, pelajari bersama-sama ilmu kehamilan dan kelahiran . Isteri bahagia akan jadi ibu yang hebat.
Para suami perlu ambil tahu dan main peranan dalam memastikan isteri dapat melalui fasa kehamilan dalam keadaan tenang sehinggalah saat melahirkan. Terdapat 7 perkara yang boleh dilakukan oleh suami mengikut saranan Doktor Lily:
- Menyediakan makanan dan minuman yang berkhasiat untuk isteri seperti suplemen yang bagus, susu, buah, sayur dan sebagainya setiap hari.
- Temani isteri setiap kali menjalani check up di klinik atau hospital. Dalam pada masa yang sama, suami boleh juga ikuti kelas Antenatal bersama-sama isteri.
- Empati dengan keadaan isteri agar tidak melukai perasaan isteri. Suami perlu menjaga tutur kata dan tingkah laku sepanjang isteri mengandung. Selain itu, jadilah pendengar setia jika mereka mengadu itu dan ini. Emosi isteri turun naik kerana hormon tidak stabil.
- Membantu kekuatan spritual isteri. Dalam pada masa yang sama suami banyakkan membaca al-Quran dan berzikir untuk isteri dan bayi dalam kandungan agar sentiasa dalam peliharaan Allah.
- Berhati-hati dengan apa yang didengar dan dilihat dalam gajet.
- Bantu isteri untuk dapat tidur yang cukup dan berkualiti.
- Bantu uruskan ketidakselesaan dan sakit isteri dengan urutan. Tolong uruskan kerja rumah, elakkan isteri dari melakukan sebarang kerja berat.
Kredit: Dr Lily
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source