Tentera Jepun Yang Benar-Benar Terakhir Menyerah Kalah
Selalu kita dengar cerita mengenai Leftenan Hiroo Onoda yang menyerah diri selepas 29 tahun bila pegawai atasan dia datang semula untuk perintahkan Onoda menyerah diri. Ada lagi seorang tentera yang jarang kita dengar nama dia disebut. Yang terakhir daripada yang terakhir, Prebet Teruo Nakamura menyerah diri pada 18 Disember 1974.
Teruo Nakamura dilahirkan pada 8 Oktober 1919 di Taiwan, berketurunan Amis, salah satu suku orang Asli Taiwan. Dibesarkan dalam kemiskinan. Beliau menyertai Unit Sukarelawan Tentera Imperial Jepun pada November 1943. Nakamura ditugaskan di Pulau Morotai di Hindia Belanda (kini Indonesia).
Pada 15 September 1944, berlaku pertempuran berdarah apabila tentera Amerika dan Australia menyerang dalam misi yang dipanggil sebagai Pertempuran Morotai dan Nakamura telah dianggap terkorban sebab takde rekod beliau serah diri. Tapi sebenarnya beliau bersama beberapa askar Jepun yang lain bersembunyi di dalam hutan. Bersedia untuk melakukan perang gerila seperti yang diperintahkan oleh pegawai atasan.
Beberapa bulan kemudian, ramai askar Jepun yang telah ditangkap, menyerah diri dan mati akibat penyakit serta kebuluran. Nakamura dan sekumpulan kecil askar yang lain tetap terus mengikut arahan walaupun takde cara berkomunikasi dengan dunia luar.
Selama 12 tahun, mereka tak tahu perang dah tamat. Bila risalah-risalah yang isytiharkan Jepun dah menyerah kalah, Nakamura ingat ni semua propaganda musuh. Kapal terbang perang selalu terbang atas pulau tu membuatkan diorang lagi yakin perang masih tak tamat. Padahal ada pangkalan Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia dekat sana dan yang Nakamura tengok hari-hari tu hanyalah latihan terbang harian.
Pada 1956, Nakamura bergerak sendirian. Beliau bina pondok, tanam ubi keledek dan makan pisang untuk survive. Nakamura berkawan dengan orang tempatan bernama Baicoli. Baicoli ni banyak bantu dia dengan bagi keperluan asas.
Bila Baicoli ni meninggal dunia, dia wasiat supaya Nakamura jaga anak dia. Lama-kelamaan kesihatan Nakamura merosot, anak Baicoli ni memaklumkan dekat pihak berkuasa tentang lokasi Nakamura. Kebetulan, seorang juruterbang nampak pondok Nakamura yang ada atas pulau tu.
Nakamura dibawa ke hospital di Jakarta dan kemudiannya dihantar pulang ke Taiwan bertemu keluarganya semula. Bila beliau pulang je, barulah dia tahu mak bapak dia dah meninggal dunia, anak lelaki dia yang dia tinggalkan masa bayi dah ada 4 anak dan bini dia pun dah kahwin lain sebab fikir Nakamura dah mati.
Timbul pula isu pasal pencen Nakamura ni. Taiwan yang dulunya bawah jajahan Empayar Jepun dah berada bawah tadbir urus Republik China. Kerajaan Jepun tak rasa yang Nakamura perlu dapat pencen sebabnya dia bukan warganegara Jepun secara teknikal.
Ramai orang yang bantah sebab masa Hiroo Onoda serah diri beberapa bulan sebelum, macam-macam manfaat beliau dapat. Kerajaan Jepun beralasan yang Onoda ni warganegara Jepun dan berpangkat pegawai. Sedangkan Nakamura ni tak lain hanyalah seorang sukarelawan.
Kerajaan Taiwan mendermakan sejumlah 4,250,000 Yen Jepun kepada Nakamura. Jumlah dia menghampiri apa yang diterima Onoda. 4 tahun kemudian, Nakamura menghembuskan nafas terakhir disebabkan oleh kanser paru-paru.
Artikel dikirimkan oleh Azizul Farhan untuk The Patriots.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source