Andi Bernadee pernah terfikir tinggalkan dunia seni, kini dalam proses ‘healing’
Penyanyi dan juga pelakon, Andi Bernadee mendedahkan bahawa dia pernah terfikir untuk meninggalkan dunia seni apabila menjadi mangsa penipuan individu yang sangat dipercayai serta terkena buatan orang.
Perkara tersebut sedikit sebanyak menjejaskan kesihatan mentalnya sehingga dia kurang aktif di media sosial dan menolak beberapa tawaran kerja.
Memetik laporan dari Mstar, pemilik nama sebenar Andi Azrul Andi Mapangile, 32, dia merasakan apa yang berlaku sebagai satu tamparan hebat untuknya.
“Apa yang berlaku sebelum ini memberi tamparan hebat buat saya terutama kepada masalah kesihatan mental.
Ia memberi kesan sangat ketara sehingga sekarang ini kalau masuk ke set penggambaran drama saya susah nak hafal skrip.
“Sebab itu juga saya tidak aktif di sosial media. Kata orang tengah proses healing. Saya banyak bersendirian dan harap akan dapat kembali normal seperti biasa,” katanya.
Ujarnya lagi, apa yang berlaku itu membuatkannya terfikir untuk menutup sahaja akaun media sosial dan tidak lagi terlibat dalam dunia hiburan.
Tak hanya itu, anak kelahiran Sabah tersebut juga mengakui yang dirinya sukar hendak mempercayai orang lagi selepas ditipu oleh individu terdekat.
“Sekarang ini saya pun jadi susah untuk percaya kepada orang lain, tidak kiralah baru jumpa atau dah lama kenal.
“Apa yang berlaku membuatkan saya rasa nak terus hilang di sosial media dan berhenti dari bidang seni. Namun saya ada support system terbaik yang banyak membantu.
“Apabila saya cuba jauhkan diri dari sosial media, memang rasa aman. Kalau boleh saya tak mahu lagi buat sesuatu perkara yang hanya untuk memenuhi kehendak orang,” ujarnya.
Bercerita tentang tempoh ‘healing’, Andi telah mengambil peluang untuk keluar bercuti dengan mengunjungi beberapa negara seperti Jepun.
Dia juga menjelaskan dirinya belum lagi pulih sepenuhnya dan berharap agar dapat menjadi orang yang berbeza selepas ini.
“Saya boleh katakan keadaan saya sekarang 60 peratus okey. Saya sedia untuk kembali semula dengan Andi yang lebih baik. Seorang Andi yang tidak kisah lagi apa yang orang mahu katakan.
“Sekarang ini saya pun jadi susah untuk percaya kepada orang lain, tidak kiralah baru jumpa atau dah lama kenal,” jelasnya.
Sekitar September 2021, Andi Bernadee pernah mendedahkan bahawa dirinya ditipu oleh rakan baik sendiri sehingga kerugian puluhan ribu ringgit.
Disebabkan itu, dia telah mengambil langkah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut memandangkan wang berkenaan adalah hasil kerja kerasnya sebagai seorang selebriti.
Sumber: Mstar (Farol Hadi)
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v15.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source