Bahaya Bagi Anak Ambil Dos Ubat Secara Berlebihan, Doktor Terangkan Mengapa.
Pasti ramai ibu bapa yang tahu mengenai ubat paracetamol. Paracetamol merupakan ubat tahan sakit yang paling popular di Malaysia. Ubat ini digunakan untuk mengurangkan rasa sakit dan bertujuan menurunkan suhu badan ke suhu normal semasa demam. Namun jika diambil dalam kadar yang berlebihan boleh mengundang bahaya.
Tahukah anda bahaya paracetamol jika dimakan lebih daripada dos yang ditetapkan?
Kebiasaannya paracetamol untuk kanak-kanak dalam bentuk cecair atau sirap. Pastikan anda membaca label pada botol persediaan sebelum memberikannya kepada anak anda. Label pada botol persediaan biasanya akan menerangkan dos yang sesuai untuk kumpulan umur kanak-kanak yang tertentu.
Kesilapan yang sering dilakukan oleh ibu bapa adalah memberi dos ubat mengikut umur anak. Selain itu juga terdapat, Tapi sebenarnya pemberian dos ubat sepatutnya mengikut berat badan anak.
Tak boleh macamni! Kanak-kanak tidak boleh makan ubat dewasa. Sebab badan kanak-kanak belum matang lagi tidak boleh menerima dos ubat yang berlebihan boleh membawa kesan sampingan yang bahaya kepada badan kanak-kanak.
Tonton video ini:
@drkongsiklian Membiarkan kanak makan ubat dewasa tidak akan menyembuhkan penyakit kanak!#ibubapa #tahukahanda #kanak #kanakkanak #ubat ♬ original sound – DrKongSikLian
Menurut Dr Kong Sik Lian, penggunaan ubat yang sesuai di dalam kalangan kanak-kanak adalah sangat penting kerana bukan semua ubat yang selamat digunakan oleh orang dewasa boleh digunakan untuk kanak-kanak dan dos ubat yang sesuai untuk kanak-kanak adalah mengikut berat badan dan jenis penyakit kanak-kanak.
Seperti yang dinyatakan dalam portal rasmi KKM Antara kesan sampingan dos berlebihan adalah :
- Kerosakan hati. Tanda-tanda kerosakan hati seperti loya dan muntah yang kerap, mata dan kulit kekuningan, urin berwarna gelap, sakit perut atau abdomen dan kepenatan yang melampau.
- Alahan. Kejadian alahan ini jarang berlaku namun jika berlaku, kita perlu perhatikan simptom alahan seperti gatal, ruam, bengkak (muka/lidah/tekak), pening dan susah bernafas. Jika anak anda mengalami simptom ini, sila rujuk doktor dalam kadar segera.
Oleh itu, ibu bapa perlu memainkan peranan penting, terutama dalam aspek kesedaran dan pengetahuan berkaitan penggunaan ubat yang betul dan selamat untuk kanak-kanak.
Kredit: Dr Kong Sik Lian
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source