Doktor minta bersedia, Emma Maembong dijangka bersalin lebih awal
Pelakon Emma Maembong memaklumkan doktor telah menasihati dirinya supaya bersedia bagi melahirkan cahaya mata kedua yang dijangka antara tiga hingga empat minggu lebih awal.
Menurut laporan Berita Harian, pelakon berusia 31 tahun itu berkata, ia berdasarkan pengalaman ketika melahirkan anak sulung, Shariq Gabrie dua tahun lalu.
“Doktor maklumkan sepatutnya tarikh kelahiran pada 6 Mei depan, tetapi mengikut pengalaman pertama, anak akan lahir antara tiga hingga empat minggu awal daripada tarikh diberikan.
“Jadi, doktor memaklumkan untuk saya bersedia pada 15 hingga 19 April ini. Kalau ikutkan sekarang saya sudah mula rasa mengah.
“Kali terakhir buat pemeriksaan doktor mendapati bayi sudah berada di posisi betul dan saya perlu bersedia,” kata pemilik nama Fatimah Rohani Ismail itu.
Bercerita lanjut, pelakon drama Nusyuz Berkiblat Cinta itu mengalami ‘mabuk’ atau alahan lebih teruk berbanding kehamilan pertama tetapi bersyukur kerana dapat menjalani ibadah puasa.
“Jika mahu dibandingkan, alahan mengandung anak kedua ini lebih teruk. Tetapi, saya tetap bersyukur apabila dapat puasa penuh.
“Kalau mengandung anak pertama dahulu tak boleh puasa langsung, tetapi alahan biasa sahaja. Untuk kali ini situasinya terbalik pula.
“Kadang-kadang kalau makan saya akan muntah semula dan perkara ini berlaku sampai sekarang,” ujarnya.
Untuk rekod, Emma mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Shazli yang juga juruterbang pada 20 Februari 2020.
Sumber: BH Online (Affan Rostam), Instagram Emma Maembong
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v15.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source