“Kalau sayang anak, kenapa nak buang nama you dari surat beranak?”
Pelakon sensasi, Diana Danielle sekali lagi membuat kenyataan berhubung kemelut rumah tangga bersama suami, Farid Kamil menerusi dua perkongsian di InstaStory miliknya pagi ini.
Menurut laporan Utusan Online, pelakon berusia 32 tahun itu mendedahkan sikap baran Farid terhadap dia dan anak perempuan mereka Nur Aurora yang dianggap keterlaluan.
“Dia kata insiden marah anak itu kecil sahaja. Saya tekankan di sini, dia sudah mula tengking, baran dengan anak dari malam sebelumnya. Semua hal yang sangat remeh.
“Sampai esok pagi, dia masih menengking anak-anak atas sebab -sebab remeh. Sampai tengah hari dia tengking saya sebab tak jumpa seluar dia.
“Petang dia tengking Aurora insiden petik cili. Dua hari dia tak berhenti baran dan menjerit sekuat hati. Aurora menggigil minta tolong dengan saya sebab dia sangat takut,” tulisnya.
Sementara itu, Diana turut mendedahkan bahawa suaminya yang juga pelakon filem Anwar: The Untold Story meminta melakukan permohonan bagi membuang namanya dalam surat beranak dua orang anak mereka.
“Kalau sayang betul pada anak, kenapa nak buang bin atau binti anak? Kenapa suruh saya failkan permohonan buang nama awak dari surat beranak anak? Kenapa ugut kami macam itu?
“Saya tidak pernah merancang untuk mendedahkan perkara sebenar secara terbuka. Saya tidak punya pilihan oleh kerana kemahuan awak terus menerus memanggil media untuk meraih simpati.
“Kita sambung semuanya di mahkamah,” kata Diana.
Terdahulu, pemilik nama Diana Danielle Danny Beeson itu menafikan insiden ‘petik cili’ terbabit sebagai alasan ingin berpisah dengan suami sebaliknya sudah memfailkan permohonan cerai dua hari sebelum kejadian yang dilakukan oleh Aurora.
Sumber: Utusan Online (Mohammad Al Faizal Abdul Karim), Instagram Diana Danielle
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v15.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source