Puteri Sarah akan fail permohonan nusyuz terhadap Syamsul Yusof
Pelakon Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin dilaporkan mungkin akan memfailkan tuntutan nusyuz terhadap suaminya, Syamsul Yusof yang juga pengarah sensasi.
Peguam bela Puteri Sarah iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader memberitahu tuntutan tersebut merupakan antara perkara yang boleh dilakukan namun memerlukan masa untuk memperhalusinya.
“Kita akan uruskan, akan atur apa benda yang akan dibuat. Kalau ada perkara yang hendak dibuat, ia akan dibuat mengikut undang-undang.
“Dalam masa terdekat ini, kita akan memasukkan pembelaan terhadap nusyuz oleh Syamsul. Selepas ini kita tengok nak masukkan tuntutan balas atau nusyud kepada pihak sana pula,”ujarnya.
Akberdin berkata demikian sewaktu ditemui media selepas sebutan kes nusyuz di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, hari ini.
Akberdin sewaktu ditanya media mengenai tuntutan nusyud terhadap pengarah filem The Original Gangster menyatakan ia antara perkara yang boleh dilakukan dan sedang difikirkan.
Untuk pengetahuan, nusyuz merupakan permohonan untuk mensabitkan seseorang isteri telah derhaka atau tidak patuh kepada perintah suaminya. Sekiranya disabitkan dengan nusyuz, maka seseorang isteri tidak berhak untuk menerima nafkah sejak disabitkan dengan kesalahan tersebut.
Sementara itu, seseorang suami juga boleh disabitkan dengan nusyuz sekiranya antaranya mengabaikan nafkah zahir batin, menyuruh isteri melakukan perkara yang bertentangan hukum syarak, memukul isteri dan tidak berlaku adil (bagi yang berpoligami).
Bagaimanapun, penalti atau hukuman yang boleh dikenakan kepada suami adalah bergantung kepada jenis kesalahan yang dilakukan oleh mereka.
Terdahulu, Syamsul Yusof memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya, Puteri Sarah atas alasan wanita itu masih berhubung dengan bekas kekasihnya sewaktu di zaman kolej meskipun mengetahui lelaki itu sudah berumah tangga.
Bukan itu sahaja, pemilik nama Mohd Syamsul Mohd Yusof turut mendakwa pelakon drama Andai Itu Takdirnya keluar dari rumah kelamin mereka selama dua tahun selain enggan kembali taat pada suami meskipun pelbagai usaha telah dilakukannya.
Selain itu, Syamsul turut mendakwa aktres berusia 38 tahun itu mengeluarkan kenyataan tidak benar dan berbaur fitnah terhadap dirinya.
Untuk pengetahuan, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur akan mendengar hasil pertemuan wakil-wakil Syamsul dan Sarah dalam Jawatankuasa Pendamai (JKP) pada 10 April ini.
Sumber: Harian Metro (Norhayati Nordin)
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v15.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source