Didakwa seleweng RM9 juta dana pusat urut, 2 pengarah ditahan
Sumber berkata mereka suspek utama penyelewengan dana berhubung isu pembelian minyak urut dianggarkan RM9 juta.
KAPSYEN – Pengarah Kanan Siasatan SPRM Hishamuddin Hashim, berkata kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.
PUTRAJAYA: Bekas pengarah urusan dan bekas pengarah eksekutif sebuah syarikat pusat urut terkemuka ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disyaki menyeleweng dana syarikat itu berjumlah jutaan ringgit.
Sumber berkata, kedua-dua lelaki yang berusia 50 dan 55 tahun itu adalah suspek utama kes penyelewengan dana berhubung isu pembelian minyak urut dianggarkan RM9 juta.
Mereka ditahan pada kira-kira 9 malam, di Ibu Pejabat SPRM semalam ketika hadir memberi keterangan.
Mereka dipercayai menyeleweng wang tersebut menerusi pembelian minyak urut dengan harga yang tinggi, berbanding harga pasaran menerusi syarikat pembekal yang merupakan proksi mereka hingga menyebabkan syarikat mengalami kerugian anggaran RM1.8 juta, kata sumber itu.
Kedua-dua lelaki itu kini direman selama empat hari bermula hari ini hingga 17 Apr, selepas Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan permohonan SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya.
Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM Hishamuddin Hashim mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.
Semalam, tiga wanita direman lima hari sehingga 17 Apr bagi membantu siasatan berkaitan kes sama.
Ketiga-tiga wanita berumur dalam lingkungan 50-an itu terdiri daripada dua pengarah syarikat pembekal minyak urut, manakala seorang lagi adalah isteri kepada bekas pengarah urusan syarikat pusat urut terbabit.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source