Isu ‘rider’ hiba gaji kena potong selesai
Saifuddin Mustofa berkata aduannya selesai selepas mengadakan pertemuan dengan Foodpanda.
PETALING JAYA: Seorang penghantar Foodpanda yang mendakwa gajinya dipotong berkata perkara itu akhirnya selesai selepas satu pertemuan dengan syarikat itu.
Dalam satu video, Saifuddin Mustofa meminta maaf kepada pelanggan yang tidak dapat pesanan mereka dan mengaku dia terlepas pandang.
“Saya bertemu Foodpanda untuk mendapatkan penjelasan mengapa gaji saya dipotong dan akaun digantung. Semuanya sudah selesai,” katanya tanpa memberi penjelasan lanjut tetapi berterima kasih kepada yang membantunya.
Foodpanda mengesahkan pertemuan dengan Saifuddin dan kesahihan video tersebut.
Saifuddin sebelum ini memuat naik satu video tular yang penuh emosi mendakwa gajinya dipotong daripada RM800 kepada RM500 dan dia juga digantung sebagai penghantar selama tiga hari.
Dia mendakwa menghantar email kepada Foodpanda bertanya mengapa gajinya dipotong dan digantung, dan diberitahu tindakan itu diambil kerana terlalu banyak pesanan dibatalkan.
Video itu mendapat perhatian Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dan Menteri Sumber Manusia V Sivakumar yang mengarahkan pembantunya menghubungi Foodpanda berhubung isu itu.
Foodpanda sebelum ini menyatakan gaji Saifuddin dipotong kerana beberapa kali gagal menghantar pesanan.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source