“Nama saya akan selamanya akan berbintikan dia…”- Syada Amzah
Rata-rata telah mengetahui konflik yang melanda rumah tangga penyanyi vateran ND Lala dan isterinya apabila tular di media sosial tentang perkahwinan barunya.
Syada Amzah yang merupakan anak kepada penyanyi tersebut telah menarik perhatian netizen apabila dia memuat naik foto bapanya itu selepas lelaki tersebut bernikah dengan wanita lain.
Dia berkata dia terpaksa menulis ‘surat’ secara terbuka di Instagramnya disebabkan bapanya itu tidak lagi ingin berhubung dengannya.
“Saya tidak mengharapkan apa-apa. Cuma saya harap, ayah baca surat terbuka saya itu dan fahami apa yang cuba saya sampaikan.”
Dia berkata surat terbuka itu ditulis disebabkan tiada siapa yang mempunyai akses untuk bercakap dengan lelaki itu.
“Buat ayah, tiada lagi gambar anda bermula hari ini” (9 April 2023)
Pada masa yang sama, Syada yang merupakan adik kepada penyanyi popular Shila Amzah juga menjawab tuduhan netizen yang mengatakan dia mahu ‘membuang’ bapanya.
“Seperti yang semua orang tahu, kita tidak diberi pilihan untuk memilih siapa ibu bapa kita.”
Penyanyi berusia 25 tahun itu juga mengakui masih menyayangi lelaki tersebut sebagai bapa yang membesarkannya.
“Macam mana nak buang? Sebab dia adalah darah daging saya.”
Tambahnya lagi, dia tidak boleh ‘membuang’ bapanya itu. Mereka empat beradik semua sayangkan lelaki tersebut malah dia juga reda apabila bapanya itu memilih orang lain berbanding keluarga sendiri.
“Apa yang saya tulis itu ikhlas dari hati. Saya bercakap apa yang saya rasa pada waktu itu atas kerinduan terhadap bapa.”
Nursyuhada Amir Hamzah juga berkata dia tidak mempunyai niat lain selain mengharapkan bapanya itu akan membaca surat terbuka yang dikongsikannya di Instagram.
Walau bagaimanapun, sehingga kini Syada berkata tiada lagi maklum balas dari pihak bapanya berhubung surat terbuka itu malah penyanyi vateran itu hanya mengambil langkah untuk berdiam diri sahaja.
Bekas peserta Big Stage musim kedua itu melakukan hantaran tersebut pada 9 April lalu yang juga bersempena hari lahir bapanya yang ke-62.
“Selamat hari ulang tahun ke-62. Terima kasih untuk segala pengorbanan membesarkan kami empat beradik.”
Sumber: Kosmo
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v15.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source