Anak Ketagih Gajet, Apa Ibu Bapa Perlu Buat?
Adakah anda mempunyai anak-anak yang megalami ketagihan gajet? Pasti sukar untuk ibu dan ayah memulihkan ketagihan anak terhadap gajet. Tapi sebelum itu, kita perlu kenalpasti tanda-tanda anak ketagihan gajet. Ini perkongsian dari cikguterapi di aplikasi tiktok.
Melalui perkongsian seorang cikgu pendidikan khas ini, antara tanda-tanda anak anda ketagihan gajet ialah:
@cikguterapi 5 TANDA ANAK KETAGIH GADGET #fyp #fypage #baiksemula #MalaysiaDiHatiku #terapi #tiktokguru ♬ original sound – Cikguterapi
- TANTRUM sekiranya tidak dapat gajet.
- Kurang berminat dengan aktviti lain.
- Tidak fokus dalam permainan atau perbualan.
- GELISAH atau TIDAK TENANG jika tidak dapat gajet.
- Hanya pandai berkata-kata berkaitan gajet.
Hellodoktor berkongsi di portalnya antara cara untuk mengatasi ketagihan anak terhadap gajet adalah seperti berikut:
Aktiviti fizikal
- Galakkan anak anda untuk menghabiskan masa di luar dengan aktiviti riadah seperti berbasikal atau lompat tali. Anda juga boleh membawa anak berjalan-jalan atau bersiar-siar.
2. Mendedahkan anak kepada cahaya matahari membantu mereka memperolehi dos vitamin D yang diperlukan. Ia berfungsi untuk meningkatkan imuniti dan membantu menjaga kesihatan anak daripada jangkitan penyakit.
3. Hadkan masa skrin. Cuba hadkan masa menonton televisyen hanya 2 jam sehari. Jangan lupa untuk kawal penggunaan komputer, permainan video dan telefon pintar. Meletakkan masa dan had penggunaan skrin akan mendorong anak untuk melakukan aktiviti di luar rumah dan meneroka dunia sekitarnya.
Walaubagaimanapun, cabaran yang terbesar adalah untuk menjadi contoh kepada anak, sekiranya kita juga mempunyai tabiat yang sama tidak mustahil anak-anak akan mengikuti kita. Luangkan masa bersama anak-anak dengan melakukan perkara yang berfaedah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source