“Penyondol suami orang takkan pernah hidup bahagia…”- Pesan Prof Muhaya
Sejak kebelakangan ini, isu ‘sondol-menyondol’ suami orang tidak kiralah berlatarbelakangkan mana-mana agama semakin membimbangkan dan boleh diibaratkan seperti sebuah penularan penyakit berjangkit.
Meskipun sudah ramai tampil bersuara dan menjelaskan mengenai hukum seseorang individu hadir meruntuhkan rumah tangga yang dibina, namun ia seolah-olah seperti tin kosong.
Ini termasuklah seorang pakar motivasi terkenal dan pakar mata, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad tampil memberi sedikit pesanan kepada wanita diluar sana sekiranya mempunyai niat untuk merampas kebahagiaan pasangan lain.
“Yang pertama, setiap apa yang awak buat tidak baik, dia akan datang pada awak. Maknanya, kita buat tak baik, kita akan dapat tak baik sebab kita ada (niat) tak baik.
“Bila kita suka buat benda yang tak baik, maka kita tahu benda tak baik akan datang,”ujarnya.
Tambah beliau, individu berkenaan turut akan terluka sekiranya dia berbuat demikian selain tidak akan hidup bahagia.
“Kedua, setiap kali kita memilih untuk melukakan orang lain, maka kita juga akan terluka.
“Ketiga, kita tidak akan boleh bahagia di atas kesusahan atau derita orang lain,”ujarnya lagi.
@profmuhaya Semoga malam-malam terakhir Ramadan ini, kita memohon keampunan kepada Allah. Semoga bermanfaat
Dikesempatan itu, beliau menyeru kepada para wanita diluar sana untuk tidak ‘menyondol’ suami orang dengan menggunakan kecantikan diri atau apa-apa sahaja tindakan yang dilakukan bagi meruntuhkan masjid yang dibina oleh pasangan.
Ini kerana kita juga akan merasa kesakitan yang dialami oleh wanita tersebut pada masa akan datang.
Sumber: TikTok @profmuhaya
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v15.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source