Yana Samsudin dakwa salah Aliff Syukri, tak kisah disaman kes pasu pecah
Pelakon Yana Samsudin menjelaskan kontroversi terpecahkan pasu hiasan berharga hampir RM400,000 milik usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri bukan gimik lakonan sebaliknya benar-benar berlaku.
Menurut laporan Berita Harian, Yana atau nama sebenarnya Norliana Samsudin berkata, kejadian berlaku ketika dia mengacarakan sebuah program raya terbitan Astro di kediaman usahawan tersebut, dua minggu lalu.
“Saya dan suami, Fadzil Zahari tak sangka video ini tular selepas dua minggu insiden berlalu. Kami terkejut kerana percaya produser, Alif Farhan sudah menyelesaikan isu ini dengan Aliff memandangkan kejadian berlaku ketika rakaman.
“Produser beritahu akan bertanggungjawab dan menyelesaikannya. Namun, sebaliknya video pergaduhan tular dan Aliff menuntut saya membayar ganti rugi bernilai RM400,000, jika tidak berdepan tindakan saman.
“Jujurnya, saya tidak gentar dengan gertakan Aliff. Kerana prinsip saya, berani kerana benar,” katanya.
Bercerita lanjut, Yana berkata dia ditugaskan bagi menemu bual tentang persiapan raya sebelum Aliff menunjukkan koleksi barangan mewah dimilikinya.
“Pasu terletak dalam almari dan memiliki sijil, jadi saya memang tahu pasu ini barangan berharga dan takkan berani menyentuhnya.
“Aliff memegang pasu dan tunjuk kepada saya. Dia suruh saya pegang pasu, tetapi saya tak nak sentuh. Masa nak berikan pasu, saya tak sambut. Ketika itulah pasu terlepas daripada genggamannya dan terjatuh.
“Saya pelik kenapa barangan berharga nak suruh saya sentuh. Saya takut. Jadi, tuduhan saya pecahkan pasu seperti tidak masuk akal, sedangkan saya tak sentuh pun,” ujarnya.
Pelakon berusia 39 tahun itu mendakwa, Aliff kemudian mula ‘naik angin’ sehingga mengeluarkan kata-kata berbaur hinaan sebelum suaminya hilang sabar.
“Aliff marah sebab saya tak sambut pasu. Dia yang hempas pasu, saya pula dipersalahkan. Dalam video yang tular, saya memang agak kebingungan sebab terkejut. Saya juga cuba menenangkan keadaan dan suami pula ‘naik angin’.
“Ramai mempertikaikan wajah saya tidak seperti orang dalam ketakutan. Kenapa nak takut, sedangkan saya tak pecahkan pasu,” kongsinya.
Tambahnya, dia tidak gentar sekiranya berdepan tindakan saman daripada usahawan terbabit apatah lagi mempunyai bukti rakaman bahawa dirinya tidak bersalah.
“Jika Aliff nak saman, saya tak kisah. Saya takkan bayar ganti rugi RM400,000 sebab terang-terangan bukan saya yang menghempaskan pasu.
“Dalam rakaman kita boleh nampak Aliff seperti sengaja melepaskan pasu, jadi kenapa saya harus dipersalahkan?” katanya lagi.
Sumber: Berita Harian (Raja Nurfatimah Mawar Mohamed), Instagram Aliff Syukri & Yana Samsudin
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v15.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source