Anggota bomba bertugas 24 jam padam kebakaran tanah gambut
Pengarah Bomba Kelantan, Jainal @ Zainal Madasain berkata tindakan itu diambil kerana bimbang kebakaran akan merebak, selain mempercepatkan pemadaman api.
KOTA BHARU: Seramai 20 pegawai dan anggota Bomba Kelantan akan bertugas 24 jam bagi memadam kebakaran tanah gambut di Mukim Beris Lalang, Bachok bermula hari ini.
Pengarahnya Jainal @ Zainal Madasain berkata penugasan bagi memadam kebakaran berkenaan dilakukan mengikut jadual iaitu secara dua sesi bermula 8 pagi sehingga 8 malam dan 8 malam hingga 8 pagi selain keanggotaan akan ditambah dari semasa ke semasa.
Katanya, pihaknya mengambil inisiatif untuk melakukan penugasan secara berterusan tanpa henti itu kerana khuatir kebakaran yang berlaku akan merebak, selain bagi mempercepatkan proses pemadaman.
“Pegawai dan anggota yang terlibat setakat ini bukan sahaja dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, malah kami turut mendapat bantuan daripada beberapa balai daerah lain yang tidak terlibat dengan kes kebakaran termasuk Bachok dan Pasir Puteh.
“Setakat 4 petang ini kita berjaya memadam hampir 40% kebakaran. Kita menjangkakan sekurang-kurangnya 60% hingga 70% dapat dikawal dalam tempoh sehari,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Mengulas lanjut, Zainal berkata kerja-kerja memadam kebakaran tanah gambut berkenaan mungkin akan mengambil masa seminggu atau lebih bergantung kepada keadaan termasuk cuaca semasa.
“Setakat ini keadaan masih terkawal selain pihak kami turut mengambil inisiatif melakukan proses melembapkan tanah dalam usaha mengawal api selain memudahkan kerja-kerja pemadaman.
“Untuk proses berkenaan, kita menggunakan air dari parit, sungai serta pili bomba yang berdekatan. Kita juga berharap tidak berlaku pertambahan punca api kerana khuatir ia akan menyebabkan kerja-kerja pemadaman berlanjutan dan memakan masa lebih lama,” katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source