Suami minta fokus rumah tangga, Tom akur dilarang menyanyi di kelab malam
Penyanyi Tom akur dengan permintaan suaminya, Fuad Rahman untuk tidak menyanyi di kelab malam lagi bagi memberikan lebih perhatian dalam menjalani kehidupan rumah tangga.
Menurut laporan Xtra, Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram turut berkongsi rasa sayu kerana tidak dapat menunaikan permintaan segelintir pihak untuk mengadakan persembahan di kelab malam.
“Saya dapat banyak call dan WhatsApp dari kawan-kawan yang nak minta saya menyanyi di kelab malam untuk contract dan replacement di kelab-kelab, hotel dan busking.
“Saya tak dapat nak join or replace dah sekarang ni.. sebenarnya saya dah disuruh berhenti. Saya dah berkahwin, suami suruh saya berhenti menyanyi di kelab malam.
“Dah sampai masanya untuk saya berhenti. 17 tahun menyanyi di kelab malam. Banyak kenangan manis yang tak akan dilupakan. So far setakat ini saya tak akan menyanyi di kelab malam tapi untuk akan datang kita pun tak tahu masa depan.
“Kalau agak-agak tak ada show baru saya akan menyanyi di kelab malam semula itu pun suami suruh ikut dia nyanyi rock band di Singapura.
“Suami cakap dah sampai masanya saya berhenti menyanyi di kelab malam dan fokus rumah tangga. Saya minta maaf kepada semua. Sekarang tak boleh buat keputusan sendiri, semua merujuk dari suami yang saya hormati,” katanya.
Penyanyi berusia 37 tahun itu berkongsi perkara demikian menerusi satu InstaStory miliknya baru-baru ini.
Tom berkata, dia berterima kasih atas peluang sepanjang tempoh 17 tahun itu yang dijadikan sebagai punca rezeki dalam membesarkan anak-anaknya.
“Apapun, terima kasih bagi saya peluang untuk menyanyi di kelab malam luar dan dalam negara pusing satu Malaysia.
“Saya tak akan lupa perjalanan ini. Saya hidup dengan hasil duit menyanyi di kelab malam dan duit itu untuk besarkan anak-anak,” ujarnya.
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v15.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source