“Syamsul pernah janji nak bagi rumah, sebab tempat tinggal anak2 kena sediakan”
Pelakon sensasi Puteri Sarah Liyana menyifatkan tuntutan dilakukan terdapat suaminya, Syamsul Yusof bagi proses penceraian adalah munasabah.
Menurut laporan Berita Harian, pelakon berusia 38 tahun itu berkata, tindakan itu hasil perbincangan bersama ibu bapanya termasuk mentua iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail yang mana tuntutan tidak melebihi RM1 juta.
Kredit foto: Kosmo!
“Soal tuntutan, saya sudah berbincang dengan ibu bapa mentua, mereka juga bersetuju dengan tuntutan, tiada masalah. Apa-apa saya akan berbincang dengan ibu bapa saya dan mentua. Mereka bersetuju, mengatakan tuntutan saya hanya sedikit.
“Tetapi, saya tidak mahu minta lebih-lebih. Saya minta apa yang dirasakan munasabah. Dan saya tak minta bayar sekali gus, sebaliknya secara bulanan,” katanya ditemui di Mahkamah Rendah Syariah, Wilayah Persekutuan hari ini.
Meskipun proses penceraian gagal hari ini, Puteri Sarah berkata, dia tetap akan berjuang bagi menuntut hak dua orang anaknya iaitu Syaikhul Islam dan Summayah.
“Syamsul pernah berjanji jika ada rezeki nak bagi rumah. Sebab tempat tinggal anak-anak kena sediakan, tetapi itu pun tiba-tiba tak mahu bagi.
“Seperti yang saya katakan, kalau nak bersama isteri kedua, pergilah, tetapi nafkah anak-anak janganlah kurangkan,” ujarnya.
Sebelum ini, pelakon drama Sabarlah Duhai Hati mendedahkan bahawa Syamsul yang juga pengarah popular meminta nafkah anak-anak mereka dikurangkan sebanyak 30 peratus selain menarik semula saman terhadap madunya, Ira Kazar dan keluarga.
Disebabkan tidak berlaku lafaz cerai, prosiding akan diteruskan dengan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas pada 25 Mei nanti.
Sumber: Berita Harian (Fatin Farhana Ariffin & Affan Rostam), Instagram Puteri Sarah
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v15.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source