Syamsul dakwa Sarah tukar perjanjian
Pengarah sensasi Syamsul Yusof mendakwa isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana mengubah perjanjian asal yang dipersetujui mereka sebelum ini berhubung proses penceraian.
Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof berkata, isterinya telah meminta sejumlah amaun selain masing-masing bersetuju bagi menarik semula kes yang dikemukakan sebelum ini.
“Saya nak jelaskan beberapa perkara, harap anda tak keliru dengan kenyataan Puteri Sarah. Saya tak nak ia menjadi fitnah.
“Minggu lalu kami telah berjumpa dan berbincang apa yang dimahukan. Dia minta satu jumlah yang besar dan ramai tak setuju, tapi saya setuju. Saya kata saya boleh berikan apa yang dia nak.
“Puteri Sarah juga minta saya tarik kes nusyuz berkaitannya dengan suami orang. Saya boleh tarik, begitu juga Puteri Sarah untuk tarik kes saman terhadap isteri kedua saya Ira Kazar,” katanya.
Pengarah berusia 39 tahun itu berkata demikian menerusi sebuah video berdurasi hampir empat minit yang dimuat naik di laman Instagram miliknya petang tadi.
Menerusi video sama, pengarah filem Mat Kilau itu kemudian mendakwa menerima perjanjian baharu daripada Puteri Sarah yang dimaklumkan jauh berlainan daripada persetujuan asal.
“Tapi beberapa hari lalu, tiba-tiba saya dapat satu perjanjian baharu daripada Puteri Sarah dan peguamnya yang sangat berbeza daripada persetujuan asal.
“Pihak Puteri Sarah yang menukar.. meminta berlebih-lebihan, duit yang lebih banyak, meminta harta.. yang bagi saya tak masuk akal. Tapi, Puteri Sarah kata jangan bagitahu orang apa yang diminta. Memang saya tak beritahu.
“Jadi sekarang ni, dia putar cerita bahawa saya yang menukar perjanjian. Saya yang pusing cerita. Tidak, pihak Puteri Sarah yang menukar perjanjian secara tiba-tiba.
“Disebabkan Puteri Sarah tak mahu capai kata sepakat yang baik, menukar perjanjian asal, saya putuskan untuk lawan. Saya pelik juga pada asalnya tidak melibatkan kes nusyuz, Ira.. itu bukan isunya.
“Isunya kenapa tiba-tiba minta duit banyak lagi? Padahal apa diberikan dah lebih daripada perlu. Dia minta lebih dan lebih lagi. Jadi kita serahkan pada mahkamah,” ujarnya.
Terdahulu, Syamsul enggan melafazkan cerai terhadap Puteri Sarah disebabkan perubahan beberapa terma sekali gus kes perceraian mereka terpaksa dilanjutkan.
Sumber: Instagram Syamsul Yusof
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v15.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source