Mira malu nak balik raya, terpaksa sembunyikan diri sebab trauma
Gara-gara kontroversi yang terpalit terhadap dirinya bersama seorang pempengaruh media sosial, Amirah Aqilah atau lebih mesra disapa Mira terpaksa menyembunyikan diri pada ketika ini daripada orang ramai.
Menurut laporan Kosmo, View Chin mendedahkan Mira serta keluarganya tidak mahu pulang beraya malah ada beberapa ahli keluarga telah jatuh sakit disebabkan isu tersebut sudah mula menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen.
Jelasnya, Mira dan keluarga menerima kecaman yang hebat daripada orang ramai dan mereka memilih untuk mendiamkan diri buat sementara waktu.
“Jadi buat masa ini, Mira terpaksa ‘bersembuyi’ kerana dia masih trauma dengan apa yang berlaku termasuk keluarganya yang turut terpalit,” ujarnya.
Bukan itu sahaja, View Chin turut menjelaskan panggilan ‘sayang’ dan ‘dear’ itu digunakan kepada semua pekerja dan ia merupakan budaya kerja di dalam syarikatnya.
“Saya memang guna perkataan ‘sayang’ dan ‘dear’ dekat semua pekerja, bukan Mira sahaja,” luahnya.
Perkara tersebut dimaklumkan susulan tular tangkap layar yang menunjukkan perbualan mesej di antara Mira dan View Chin yang kelihatan sangat mesra di aplikasi WhatsApp yang dikongsikan oleh bekas isterinya, Ah Moi sebelum ini.
Sumber: Kosmo (Ahmad Shaherman Shamsuri dan Nurul Irdina Sumali)
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v15.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source