Bekas menteri Sabah buat rayuan terakhir ketepi sabitan pemalsuan
Petisyen rayuan akan difailkan di Mahkamah Rayuan selepas rekod rayuan diperoleh daripada Mahkamah Tinggi, kata peguam mewakili Peter Anthony.
KUALA LUMPUR: Bekas menteri pembangunan infrastruktur Sabah Peter Anthony merayu kepada Mahkamah Rayuan untuk mengetepikan sabitan oleh Mahkamah Sesyen atas kesalahan pemalsuan, yang disahkan oleh Mahkamah Tinggi awal minggu ini.
Peguam mewakili Peter, S Devanandan berkata, notis rayuan difailkan di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi semalam.
“Ini bagi membolehkan Mahkamah Tinggi menyediakan rekod rayuan termasuk penghakiman bertulis dan nota prosiding,” katanya.
Devanandan berkata, petisyen rayuan akan difailkan di Mahkamah Rayuan kemudian selepas rekod rayuan diperoleh.
Mengikut peraturan mahkamah, petisyen rayuan mesti difailkan dalam tempoh 10 hari selepas rekod rayuan diserahkan kepada perayu. Rekod rayuan akan menggariskan di mana perayu mengatakan hakim tersilap dalam undang-undang dan fakta.
Rayuan kepada Mahkamah Rayuan ialah peluang terakhir Peter untuk mengetepikan sabitannya kerana perbicaraannya didengar di Mahkamah Sesyen.
Pada Selasa, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak rayuan awalnya.
Hakim Ahmad Bache berkata, hakim perbicaraan tidak melakukan sebarang kesilapan, sama ada dari segi undang-undang mahupun fakta, apabila mendapati Adun Melalap itu bersalah atas tuduhan terbabit pada Mei lepas.
Ahmad turut mengekalkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM50,000 ke atas presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) itu yang dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi.
Bagaimanapun, beliau membenarkan penangguhan sabitan dan hukuman penjara Peter sementara menunggu rayuan terakhirnya. Peter telah membayar denda.
Peter, 52, yang ketika itu pengarah urusan Syarikat Asli Jati, disabitkan kesalahan memalsukan surat daripada pejabat naib canselor Universiti Malaysia Sabah, bertarikh 9 Jun 2014, dengan memasukkan kenyataan palsu dengan niat menggunakannya bagi tujuan penipuan.
Dia melakukan kesalahan itu di pejabat setiausaha sulit utama perdana menteri ketika itu, Najib Razak, di bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 13 Jun dan 21 Ogos 2014.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source