Malaysia Sambut Aidilfitri Hari Sabtu, Esok Masih Berpuasa
Umat Islam di seluruh Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 22 April 2023 bersamaan hari Sabtu ini.
Pengumuman pengisytiharan itu dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sebentar tadi dan disiarkan secara langsung menerusi saluran televisyen tempatan.
“Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
“Setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh hari raya puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Sabtu, 22 April 2023,” katanya.
Terdahulu, seluruh rakyat Malaysia telah mula berteka-teki mengenai tarikh Hari Raya Aidilfitri seawal 1 April lalu lagi.
Spekulasi sama ada Malaysia akan menyambut 1 Syawal pada 21 April ataupun 22 April lebih hangat diperbualkan sepanjang minggu ini sehinggakan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil sekali lagi perlu mengingatkan rakyat agar menunggu pengumuman rasmi tarikh sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 20 April jam 8.00 malam.
“Kalau tuan-tuan dan puan-puan terima apa-apa info (tarikh 1 Syawal), sama ada pukul 6 petang, 6.30 petang atau 7 petang jangan percaya.
“Tunggu pengumuman rasmi. Kita tidak ikut pengumuman seperti di Arab Saudi, India atau Indonesia, kecuali kita beraya di sana.
“Kita di Malaysia akan rujuk pengumuman dari Penyimpan Mohor Besar Raja-raja,” kata beliau pada hari Ahad lalu.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source