Pharmaniaga nafi ‘cengkaman dominan’ atas sektor penjagaan kesihatan
Syarikat itu berkata, dakwaan yang dibuat oleh Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial ‘tidak berasas’.
PETALING JAYA: Pharmaniaga Bhd menyangkal dakwaan mempunyai “cengkaman dominan dan pengaruh besar” ke atas sistem penjagaan kesihatan negara, dengan berkata andaian sedemikian “tidak berasas”.
Pharmaniaga berkata, kerajaan tidak hanya bergantung kepadanya untuk bekalan ubat-ubatan bagi fasiliti kesihatan awam.
“Bercanggah dengan dakwaan yang dibuat, Kementerian Kesihatan (KKM) hanya membelanjakan kira-kira 35% daripada perbelanjaan farmaseutikalnya melalui Pharmaniaga, dengan peranan kami terhad kepada menguruskan logistik dan pengedaran produk,” katanya dalam kenyataan.
Pharmaniaga menjawab kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial Azrul Khalib berhubung pembaharuan konsesinya untuk menyediakan ubat-ubatan dan bekalan perubatan kepada fasiliti KKM.
Dalam laporan portal kesihatan CodeBlue, Azrul dilaporkan berkata, konsesi eksklusif diberikan kepada syarikat seperti Pharmaniaga mewujudkan “pergantungan berlebihan yang tidak sihat” terhadap mereka.
Pharmaniaga berkata, pemilihan pembekal, produk dan harga ditentukan KKM selepas tender terbuka tamat.
Ia turut menolak sindiran lanjutan konsesinya akan menghalang syarikat farmaseutikal lain daripada berniaga di Malaysia.
Katanya, bekalan ubat dalam Senarai Pembelian Produk Diluluskan (APPL) berdasarkan sistem tender.
“Semua tender yang menang ditentukan KKM. Konsesi diberikan kepada Pharmaniaga hanya untuk logistik dan pengedaran produk APPL. Ketika ini, terdapat 729 produk APPL dibekalkan 96 syarikat dipilih melalui tender terbuka.”
Selasa lalu, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa mengesahkan Pharmaniaga diberikan perjanjian bersyarat untuk terus membekalkan ubat kepada kerajaan selama 10 tahun lagi.
Pharmaniaga berkata, konsesi itu diberikan berdasarkan rekod prestasinya yang konsisten memenuhi petunjuk prestasi utama KKM.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source