Sudah penat layan drama perkahwinan, Puteri Sarah mengaku kalah dengan Syamsul Yusof
Pelakon Puteri Sarah Liyana bertindak memadam kesemua hantaran yang dikongsikan sebelum ini mengenai kemelut bersama suaminya, Syamsul Yusof bukan kerana takut namun sudah penat melalui segala drama perkahwinannya.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh aktres yang berusia 38 tahun itu di laman Instagramnya, dia sudah tidak hairan jika Syamsul tidak memberikan sebarang nafkah dan hanya mahu ‘keluar’ daripada perkahwinan tersebut.
“Saya padam semua hantaran saya sekarang bukan sebab saya takut tapi terlampau penat. Saya penat dengan semua drama yang ada.
“Kepada Syamsul, kau tak nak beri nafkah kat aku? Suka hati kau. Kau nak menang? menanglah, aku kalah. kau jawab kat akhirat nanti. Aku hanya nak keluar daripada perkahwinan yang toksik ini.
“Aku hanya mahu ke hadapan dan bahagia dengan kehidupan aku bersama anak-anak,” katanya.
Bukan itu sahaja, Puteri Sarah turut mendedahkan berkahwin dengan Syamsul adalah satu perkara yang amat disesalinya namun, dia bersyukur mendapat mak dan ayah mentua yang terbaik.
Jelasnya, dia tidak mahu sebarang harta suaminya itu dan hanya mahu dilepaskan sebagai seorang isteri kelak.
“Satu perkara yang paling aku menyesal dalam hidup adalah berkahwin dengan kau.
“Tapi aku bersyukur sangat dapat mak dan bapa mentua yang paling terbaik dalam hidup aku. Mama dan papa akan tetap jadi mama dan papa aku hingga syurga.
“Kau nak menang? kau ambil semua harta-harta kau, aku tak nak satu sen pun. Cuma hak anak sebagai ayah bertanggungjawablah, lepaskan aku, ceraikan aku,” tegasnya.
Sekadar info, Syamsul dan Puteri Sarah telah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Sumber: Instagram @Puteri Sarah
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v15.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source