Namakan calon ganti Sanusi, penganalisis tegur PH-BN
Azizuddin Sani berkata gabungan persekutuan memanfaatkan ketidakpuasan hati dalam kalangan rakyat Kedah terhadap Menteri Besar Sanusi Nor.
PETALING JAYA: Pakatan Harapan dan Barisan Nasional harus memanfaatkan ketidakpuasan hati terhadap Sanusi Nor dan menamakan calon gabungan itu untuk jawatan menteri besar Kedah, sekiranya mahu merampas negeri itu daripada Perikatan Nasional, kata penganalisis.
Azizuddin Sani dari Universiti Utara Malaysia berkata rakyat Kedah mungkin bimbang tentang hubungan tidak baik antara kerajaan pimpinan Sanusi dengan Putrajaya.
Beliau berkata sesetengah pihak dalam PN menganggap Sanusi sebagai liabiliti dan mahu pemimpin PAS itu digantikan.
“Tingkah laku menteri besar Kedah sekarang terhadap kerajaan persekutuan dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim adalah mengejutkan. Hubungan tidak baik itu akan memberi kesan kepada rakyat Kedah,” katanya kepada FMT.
“Jadi, PH-BN harus menggunakan momentum ini untuk menjenamakan semula dan memujuk rakyat Kedah bahawa mereka alternatif yang lebih baik. Ini boleh dilakukan dengan mengumumkan calon menteri besar lebih awal dan, jika boleh, di bawah satu lambang.”
Azizuddin berkata kerjasama rapat antara PH dan BN di peringkat persekutuan akan meningkatkan peluang merampas Kedah daripada PN.
Katanya, ramai di Kedah kagum dengan kebolehan kerajaan perpaduan mengendalikan hal ehwalnya setakat ini, yang akan mengukuhkan kedudukan dua gabungan itu pada pilihan raya kelak.
Pada Selasa, Ketua Umno Kedah, Mahdzir Khalid berkata parti-parti perpaduan akan lebih mengutamakan Kedah berbanding negeri lain dalam kempen PRN di enam negeri nanti, yang akan diadakan dalam beberapa bulan lagi.
Beliau berkata suatu jawatankuasa negeri ditubuhkan bagi memastikan BN dan PH bekerjasama rapat di Kedah.
Azmil Tayeb dari Universiti Sains Malaysia bagaimanapun berkata bukan mudah untuk PH dan BN merampas Kedah daripada PN.
Katanya, PN merangkul 14 daripada 15 kerusi Parlimen di Kedah pada PRU lepas, dan beliau percaya trend itu mungkin akan berterusan. “Satu-satu cara untuk PH-BN mara adalah dengan membaik pulih Umno sepenuhnya, yang tidak akan berlaku dalam masa terdekat,” katanya.
Langkah lebih wajar adalah PH dan BN tumpu pada kerusi-kerusi yang mempunyai pengundi bukan Melayu melebihi 30%, di mana gabungan itu mampu memberikan saingan. Walaupun PKR dan Amanah berpeluang meraih sokongan pengundi Melayu di kawasan bandar, ini tidak semestinya di Kedah, Kelantan, dan Terengganu.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source