Resipi Banana Yogurt Cheese Cake, Sesuai Hidang Waktu Raya. Masam-Masam Berlemak, Sedap!
Hidangan istimewa hari raya tidak semestinya rendang bersama nasi impit dan lemang semata-mata. Kalau nak hidangkan pencuci mulut seperti kek pun boleh juga. Untuk elakkan rasa muak sebab dah makan banyak menu raya, bolehlah buat kek pisang dengan yogurt ini.
Resipi menarik yang dikongsikan oleh Danish’s Red Kitchen ini tidak susah untuk dibuat. Masih sempat lagi nak cari barang-barang untuk menghasilkan kek ini.
Satu lagi resepi Kek Pisang MESTI CUBA yang moist dan failproof, BANANA YOGURT CHEESE CAKE VIRAL versi Danish sendiri, untuk dicuba oleh semua sebagai hidangan sekeluarga atau yang berniaga, boleh guna buat produk berniaga ya!🤗
Tak perlu mixer atau blender, guna whisk sahaja. Ikut semua yang diberikan didalam video dan di bawah caption ya. Jika ada soalan sila tinggalkan dikomen. Happy baking lovelies!❤
BANANA YOGURT CHEESE CAKE
#ResipiDanishHarraz
BAHAN-BAHANNYA:-
4 -5 biji Pisang Berangan masak ranum, dilecek
½ cawan (125g) Unsalted butter, cairkan dan sejukkan sedikit
½ cawan + 2 sudu besar (125g) Gula Putih (gula minuman)
2 biji Telur gred A (large)
½ cawan (120g) Greek atau Plain Yogurt
2 sudu teh Vanilla Extract
1 ½ cawan (180g) Tepung Gandum*
1 sudu teh Baking Soda*
Secubit garam*
¼ sudu teh Serbuk Kulit Kayu Manis (optional, tapi Danish suka letak)
(ayak bahan² bertanda *)
Secubit Garam Halus
100 grams Mini atau Regular DARK Chocolate Chips (Optional)
Baking tray 9×9
ADUNAN CREAM CHEESE:-
(Boleh setengahkan adunan jika mahu layer cream cheese yg nipis sahaja)
250 g Cream Cheese lembut
3 sudu besar (40g) Gula Putih
1 biji Telur Gred A (large)
¼ cawan (60g) Yogurt
1 sudu besar Tepung Gandum
NOTA PENTING:-
Sukat semua bahan dengan betul supaya tiada bahan yg terlebih atau terkurang. Dan pastikan semua bahan dalam keadaan yg masih baik.
Danish buat manisnya just nice. Tapi pisang dan choc chips yg digunakan juga akan menyumbang tahap manis kek pisang kita.
Selepas masukkan bahan kering pastikan adunan kek pisang hanya dikaup balik, JANGAN OVERMIX. Begitu juga selepas masukkan choc chips.
Tuang adunan cream cheese perlahan dan ratakan perlahan supaya ianya tidak tenggelam kedalam adunan pisang.
Bakar cake dalam oven yg telah dipanaskan selama 45 – 50 minit pada suhu 160°C, bergantung pada jenis/suhu oven. JANGAN OVERBAKE untuk elak cake jadi kering. Biarkan cake didalam pan selama 15 minit sebelum dikeluarkan. Sejukkan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara dengan suhu bilik.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source