Buka tudung, Alya Iman enggan hipokrit
Pelakon Alya Iman tidak mahu menipu diri sendiri susulan tindakannya yang berkongsi gambar tanpa mengenakan tudung pada sambutan 1 Syawal lalu.
Menurut laporan Kosmo!, pelakon berusia 22 tahun itu berkata, dia tidak menghalang sekiranya terdapat individu yang membenci penampilan ‘free hair’ tersebut.
“Saya cuma mahu tunjukkan diri yang sebenar. Kenapa mahu menipu dalam media sosial? Sudah-sudahlah jadi hipokrit dan membohongi semua orang.
“Inilah diri saya yang sebenar. Terpulang untuk menerima dan jika tidak suka pun tak mengapa,” kata Alya atau nama penuhnya Nur Alya Iman Azmil.
Mengulas lanjut, pelakon drama Bukan Kahwin Paksa itu mengakui lebih selesa dengan imej tidak bertudung dalam menjalani kehidupan buat ketika ini.
“Keputusan untuk tidak berhijab untuk beri peluang orang ramai kenal diri saya yang sebenar bahkan memang lebih selesa tak bertudung dalam kehidupan seharian.
“Kali ini saya sedar dan tidak mahu menjadi hipokrit serta terus membohongi semua orang,” ujarnya.
Tambah anak kepada aktor Allahyarham Azmil Mustapha itu, tindakan berkenaan mendapat persetujuan daripada ahli keluarga dan rakan terdekat sebelum berkongsi di laman Instagram.
“Tiada alasan yang khusus mengapa saya tampil tidak bertudung pada 1 Syawal lalu. Keputusan itu dilakukan selepas berbincang dengan keluarg dan teman rapat, mereka bersetuju sahaja,” tambahnya.
Sumber: Kosmo! (Nur Al-Fairuza Syarfa Nor Saidi), Instagram Alya Iman
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v15.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source