Chef Wan seronok sakat anak menantu, tapau makanan bawa balik Perlis
Chef selebriti terkenal, Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail sempat menyakat anak perempuannya, Serina Redzuawan dan menantu, Meor Mohammad Aidid.
Menerusi hantaran dikongsikan chef selebriti berusia 65 tahun, dia menyakat anak perempuannya sewaktu sedang mengemas dan ‘tapau’ makanan untuk dibawa pulang ke rumah mereka yang terletak di Perlis.
Seloroh Chef Wan, anak perempuan dan menantunya hanya membawa pulang kepadanya buah harum manis dari Perlis, namun lain pula dikaut mereka sebelum pulang ke rumah sendiri.
“Haa.. kau tengok, anak nak balik, anak menantu nak balik.. kau tengok bagi empat biji pelam harumanis kat bapak dia, dapat balik balasan. Kau tengok.
“Bukan nak mengumpat, tengok tu macam-macam,”ujarnya.
Dalam pada itu, Chef Wan juga berharap agar anak dan menantunya akan membalas jasanya dengan menjaga dirinya kelak sekiranya sudah uzur.
“Tak tahulah apa nak jadi sekarang. Kalau esok aku dah tua nyanyuk, tak jaga aku, korang semua (netizen) saksi tau.
“Kalau korang (anak dan menantu) tak jaga aku, tak bagi polis, security, bodyguard, nasib eh, semua saksi, semua ada tau.
“Angkut, angkut, raya dah dapat duit RM10,000 dah. Haa, lagi, kau tengok sampai bulat, tengkuk pun dah tak nampak lagi dah. Angkut, angkut, cukup tu?”selorohnya kepada Serina.
Sementara itu, Chef Wan mengatakan sambutan hari raya sebenar baginya cukuplah untuk dua atau tiga hari sahaja, dan bukannya sampai sebulan.
“Cucu dah balik semalam, hari ini nak sekolah. My bapak pulak tidur la semalam pagi nak balik Perlis.
“Akhirnya Hari Raya sudah berakhir bagi saya. 2 ke 3 hari cukuplah. Bila beraya berminggu-minggu ini rasa lemas.
“Kita pula dah tua dan seorang diri. Bila nak masak, bila nak layan tetamu mahupun nak mengemas dan menyimpan barang-barang itu semua. Akhirnya kita yang penat tubuh badan,”tulisnya.
Sementara itu, Chef Wan mengatakan dia cukup senang menikmati usia tua di mana melihat kehidupan anak-anak dan cucu-cucu pulang ke kampung halaman melawat dirinya.
Ujarnya, mereka sudah cukup dewasa dan mempunyai kewangan kukuh untuk menerokai lebih banyak pengalaman yang mendewasakan diri. Bagi dirinya, apa yang penting adalah mereka sihat dan bahagia.
Sumber: Instagram @_chefwan58
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v15.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source