Aiman Tino sah menjadi suami kepada Syarah Haifa dengan sekali lafaz!
Penyanyi Aiman Tino atau nama sebenarnya Mohammad Aiman Yusri sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, Che Syarah Haifa Che Isa kira-kira jam 5.41 petang di sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di dewan Astana, Shah Alam, hari ini.
Penyanyi berusia 25 tahun itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai & Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Azri Ahmad Kamil Al Hafis yang berwali wakil abang Syarah iaitu Che Fariz Che Isa.
Pada majlis tersebut, Aiman memberikan mas kahwin sebanyak RM5,000 berserta seutas gelang emas kepada wanita berusia 24 tahun itu.
Bagaimanapun, kedua-dua pihak tidak membawa sebarang dulang hantaran berbalas pada majlis tersebut.
Sementara itu, majlis resepsi akan berlangsung di Shah Alam pada 6 Mei depan.
Terdahulu, media melaporkan Aiman mendedahkan akan mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya, Syarah Haifa pada tahun ini selepas menghantar rombongan merisik pada Januari lalu.
Sekadar info, pasangan itu mula berkenalan pada tahun 2019 selepas diperkenalkan oleh seorang sahabat sebelum menjalankan perniagaan bersama-sama.
Sumber: IG Magica Events, mStar (Farol Hadi)
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v15.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source