Puteri Sarah didakwa pernah diceraikan sebanyak dua kali?
Pelakon, Puteri Sarah Liyana didakwa pernah diceraikan sebanyak dua kali sebelum ini oleh suaminya, Syamsul Yusof.
Memetik laporan dari Harian Metro, kedua-dua lafaz talak itu dikatakan telah direkodkan di Mahkamah Syariah Petaling Jaya, Selangor dan difailkan sekitar September 2020.
“Perkara ini memang berlaku dan ada rekod. Malah sudah difailkan pada September 2020 untuk pengesahan lafaz cerai,” kata sumber.
Walau bagaimanapun, pengarah filem tersohor itu dikatakan tidak hadir ke mahkamah.
Untuk rekod, kemelut rumah tangga Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof masih lagi berjalan apabila anak kepada penerbit filem terkenal, Datuk Yusof Haslam itu enggan menceraikan isteri pertamanya di Mahkamah Syariah pada 18 April lalu.
Pergolakan dalam perkahwinan mereka dikatakan bermula apabila muncul orang ketiga iaitu Ira Kazar yang telah dinikahi Syamsul di Thailand.
Hasil perkongsian hidup Puteri Sarah dan Syamsul, mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Walau bagaimanapun, kesahihan maklumat tersebut tidak dapat dipastikan memandangkan belum ada sebarang kenyataan rasmi dari kedua-dua pihak.
Sumber: Harian Metro
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v15.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source