Sandwic Avokado Hidangan Sihat, Sedap Dan Mudah Dimasak
Sandwic avokado ini bukan sahaja penuh khasiat bahkan sedap dan mudah pula dimasak. Biasanya kita buat sandwich telur, sardin atau tuna je kan? Ha…boleh cuba resipi ini pula.
Boleh disediakan waktu sarapan. Tapi kalau nak makan waktu lain pun okay je. Sandwic ini juga mudah dan ringkas untuk keluarga tersayang. Cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Khadijah Jaafar (cik Tie) ni ye. Gerenti tak menyesal.
Rasa avokado berlemak, bila dibuat sandwich, memang sedap. Buah avokado dikatakan boleh bantu kurangkan berat badan dan kolestrol.
Lepas ni selalulah beli avokado. Kalau nak beli avkcado cari yang berwarna hijau gelap. Bila picit rasanya lembut sedikit. Itu tandanya avokado itu sudah masak. Jom cuba!
Sandwich Avocado
Bahan-bahan:
Roti putih/wholemeal
Avocado ( yang telah masak)
Lemon
Garam – boleh beli online di sini
Serbuk lada hitam – boleh beli online di sini
Scrambled egg
Daun salad
Cara Membuat:
Lenyekkan avokado. Kemudian, perahkan sedikit lemon. Lemon ni tak perlu banyak hanya sedikit sahaja, nanti masam.
Masukkan garam dan serbuk lada hitam. Ini ikut selera masing-masing, Cik Tie letak sikit je. Lenyekkan avokado sampai hancur.
Ambil roti, letakkan daun salad dan diikuti dengan avokado di atas roti. Kemudian, letakkan pula scrambled egg.
Siap untuk dimakan! Selamat mencuba!
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Biskut Roti Kering Guna Roti Hampir Tamat Tempoh, Tak Bazir!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source