“Tiada belaskah terhadap bapa yang soleh hingga sanggup buat dosa besar?” -Ustaz Dusuki
Pendedahan pelakon, Alya Iman yang nekad membuka tudung kerana enggan lagi berpura-pura di media sosial telah menuai pelbagai komen daripada banyak pihak.
Antara yang mengeluarkan pandangan dan teguran adalah pendakwah bebas, Ustaz Ahmad Dusuki yang memuat naik potongan keratan akhbar kenyataan yang dibuat Alya.
Ustaz Ahmad Dusuki menyatakan bahawa individu yang mendedahkan aurat itulah yang hipokrit kerana ketika meziarahi kubur atau ke mahkamah syariah tahu pula untuk bertudung.
Ujarnya, mereka sepatutnya menjadi mukmin yang lebih baik pada bulan Ramadan dan bukanlah sebaliknya.
“Membuka dan mendedahkan aurat itulah manusia yg hipokrit, mengapa saat kalian ke kubur atau ke mahkamah syariah kalian menutup aurat? mengapa saat kalian menjadi mayat kalian di tutup aurat untuk mengadap Allah? tetiba sekarang baru menyebut tidak mau di gelar manusia hipokrit? tidakkah Ramadhan sepatutnya menjadikan kalian menjadi mukmin bukannya manusia munafik? soalnya.
Dalam pada itu, dia sempat mempertanyakan adakah sudah tiada rasa belas kasihan pelakon tersebut kepada allahyarham bapanya yang bertungkus lumus menjadi insan yang soleh namun anaknya melakukan dosa besar.
Dengan tegas, pendakwah bebas itu meminta orang ramai supaya menyampaikan salam kepada mereka yang masih terkejar-kejar dengan kenikmatan dunia bahawa malaikat maut sentiasa memerhatikan kita.
“Tidak ada belaskah dlm dada kalian terhadap arwah ayah kalian yg soleh itu sehingga kalian sanggup melakukan dosa besar ini? sampaikan salam kepada sesiapa sahaja yg terkejar kejar glamour dunia ini, katakan kepada mereka malaikat maut sedang mengejarnya!!! “tegasnya.
Luahan tersebut dibuat susulan khabar berkenaan selebriti yang membuka tudung kerana mahu menjadi diri sendiri. Menurut anak kepada pelakon era 80an itu, dia sememangnya tidak bertudung jika bersama keluarga dan tidak mahu membohongi netizen lagi di media sosial.
Walaupun sedar allahyarham bapanya pasti sedih dengan keputusan yang dibuat, namun dia tahu lelaki itu akan menerima apa sahaja yang dilakukan dengan terbuka jika masih ada.
Sumber: Instagram ustazahmaddusuki
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v15.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source