“Saya ni penyanyi, hiburkan orang” -Siti Nurhaliza minta henti sebar berita palsu
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah menyuarakan rasa terkilannya apabila hantaran yang dibuat telah diubah dan disebarkan sehingga menghadirkan berita palsu kepada masyarakat Malaysia.
Dalam hantarannya di Insta Story, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau biasa disapa TokTi menyatakan yang dia tidak pernah mengeluarkan kenyataan berhubung persembahan yang dibuat sehingga menghadirkan pelbagai komen negatif.
Menurut TokTi, dia merupakan seorang penyanyi dan tugasnya hanyalah membuat persembahan untuk menghiburkan peminat.
Berita palsu yang disunting seolah-olah seperti kenyataan daripada akaun Facebook rasminya itu turut mengaitkannya dengan politik sehingga TokTi terpaksa menjelaskan hal sebenar di Insta Story.
Luahan yang dibuat oleh penyanyi lagu Wajah Kekasih itu juga telah didengar oleh Menteri Komunikasi dan Digital Malaysia, YB Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil dan meminta agar pihak media lebih berhati-hati dalam menyampaikan maklumat kepada komuniti.
Siti Nurhaliza telah memberi respon keatas ciapan yang dibuat YB menteri dan mengucapkan terima kasih kerana prihatin dengan isu berita palsu ini.
Susulan daripada itu, penyanyi yang merupakan ibu kepada dua orang cahaya mata itu menitipkan pesan supaya para pengguna media sosial lebih berhemah, matang dan menggunakan akal yang diberikan oleh Allah S.W.T untuk tujuan yang lebih berfaedah.
Tindakan menyebarkan berita palsu ini sedikit sebanyak oleh merosakkan silaturahim sesama masyarakat lebih-lebih lagi du bulan yang mulia ini.
Sumber: Instagram ctdk, Twitter CTNurhaliza11
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v15.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source