Reen Rahim tunjuk diri sebenar, malas jadi ‘fake’ di media sosial
Pelakon Reen Rahim enggan berpura-pura di media sosial sebaliknya apa yang ditunjukkan selama ini adalah personaliti sebenar dirinya.
Menurut laporan mStar, Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim, dia mempunyai pelbagai karakter berbeza dalam menjalani kehidupan rumah tangga bersama suami Ahmad Nur Hazim.
“Time sweet, bersayang. Time macam Tom and Jerry, rasa sempat nak rakam? Dalam diri saya ada macam-macam karakter. Kadang-kadang kami macam manja, comel, macam kawan. Tapi kadang ada yang ‘berapi’ juga.
“Kami takde cover-cover, malas. Penat nak berpura-pura, jadi diri sendiri je. Take it or leave it. Suka, sukalah tak suka sudah,” katanya.
Walau bagaimanapun, pelakon berusia 35 tahun itu mengakui dia dan suaminya penat melayan kerenah masing-masing tetapi bersikap profesional apabila sedang bekerja.
“Kami akan tenang bila kena fokus kerja masing-masing dan ketika itu karakter kami berbeza. Tapi kalau kat rumah macam tengah bersantai kami macam nakal sikit.
“Macam aktif sebab terlebih gula jadi dua-dua penat nak layan kerenah sendiri. Kalau balik rumah, mak ayah pun penat tengok kami,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Reen adalah pelakon filem Sumpahan Malam Raya yang turut dibintangi pelakon lain seperti Atu Zero, Nora Danish, Danial Zaini, Yusry KRU, Lisa Surihani dan Ropie.
Untuk rekod, Reen dan suami mendirikan rumah tangga dalam satu majlis yang berlangsung di Bora Ombak Marina, Putrajaya, pada 24 Disember tahun lalu.
Sumber: mStar (Amin Hazlan), Instagram Reen Rahim
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v15.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source