Sudah 28 tahun berkahwin, madu Miera Leyana tak setuju bercerai
Madu kepada pelakon, Miera Leyana iaitu Adibah Abdul Mutalib, 50 tetap dengan pendirian tidak mahu berpisah dengan suaminya, Rosland Othman, 50 demi mempertahankan perkahwinan yang menjangkau usia 28 tahun.
Memetik laporan dari Berita Harian, Adibah yang ditemui di Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan bagi prosiding Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) telah melantik abang sulungnya, Azman Abdul Mutalib, 57, sebagai wakil bagi proses tersebut.
“Abang sulung mewakili saya untuk JKP, hari ini. Saya meneruskan proses ini sebab saya bukan di pihak yang salah, jadi saya tak bersetuju untuk bercerai.
“Saya akui Rosland terkejut kami meminta proses ini, malah untuk berbincang dengan baik pun pihak sana tidak terima.
“Saya sudah buat macam-macam dan berusaha segala yang saya mampu. Jujurnya, siapa yang tidak sedih sebab kami sudah berkahwin selama 28 tahun.
“Jadi tengoklah apa yang berlaku selepas JKP ini. Saya hanya boleh cuba menyelamatkan apa yang saya mampu.
“Bagaimanapun, saya terpaksa akur dengan apa diputuskan jabatan agama ini sebab kita tahu pihak lelaki yang ada kuasa, saya hanya boleh buat semampu boleh,” katanya.
Tambah Adibah lagi, dia sudah dua tahun tidak menyambut Aidilfitri bersama suami sedangkan sebelum ini mereka tidak pernah ketinggalan untuk meraikannya bersama-sama.
“Kali terakhir Rosland balik rumah pada September 2021, jadi saya tidak menafikan sedih tidak beraya bersama sebab ia memang kebiasaan kami meraikan Syawal bersama.
“Tak pernah kami tak meraikan Aidilfitri bersama. Dan ini adalah tahun kedua kami tidak bersama kerana Rosland masih pulang pada 2021,” katanya.
Wanita berkenaan juga mengatakan yang suaminya telah mengambil anak keempat mereka, Nur Anisa tanpa pengetahuannya sekitar Februari lalu sewaktu pulang dari sekolah.
Walau bagaimanapun, Adibah mengakui yang dia tidak menjadikan perkara itu masalah kerana Anisa adalah tanggungjawab Rosland.
“Dia mengambil anak keempat dari sekolah pada Februari lalu dan sejak itu, mereka tinggal bersama.
“Rosland masih berstatus suami, jadi saya tiada masalah untuknya menjaga anak. Cuma, saya harap dia akan terus jalankan tanggungjawab,” katanya.
Dalam pada itu, peguam syarie mewakili Adibah, Mohd Junid Ramli menyatakan yang isteri pertama kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sarawak Consolidated Industries Bhd milik syarikat Serba Dinamik berkenaan berusaha mempertahankan rumah tangga kerana masih lagi sayang akan perkahwinan mereka.
“Dia hanya mahu menuntut haknya sebagai isteri. Apa yang berlaku hari ini adalah prosedur klien saya untuk terus menyelamatkan rumah tangganya. Ini adalah usaha Adibah.
“Memang talak terletak pada suami, tetapi isteri boleh berusaha untuk berdamai dan diharapkan perbincangan dapat menyelamatkan rumah tangga.
“Perkara seperti nafkah akan dibincang kemudian dan kami bersedia dengan sebarang kemungkinan,” katanya.
Rosland yang hadir bersama adiknya, Kamarul Othman serta ibu dan abang kepada Miera Leyana, Aisah Abdullah dan Mohd Fadley Kasmi enggan ditemu bual selepas prosiding JKP dan terus bergerak pulang.
Sebelum ini, Rosland sendiri telah menfailkan permohonan cerai pada 7 April terhadap isteri pertamanya mengikut Seksyen 47, Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Namun begitu, Adibah difahamkan enggan bercerai dan mahu mempertahankan rumah tangga yang bermasalah sejak Rosland berkahwin dengan Miera pada Julai 2020.
Sumber: Berita Harian (Fatin Farhana Ariffin)
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v15.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source