Bosan Dah Berbaju Raya? REMAJA Syorkan 5 Stail Kasual Dari PULL & BEAR Untuk Korang Ke Rumah Terbuka
Pejam celik, Syawal pada tahun ini telahpun memasuki hari ke-13 esok. Tentunya ramai yang masih bersemangat untuk meneruskan budaya saling berkunjung ke rumah sanak saudara dan kenalan rapat sepanjang hujung minggu panjang ini.
Cuma, diri terasa malas pula untuk menyarungkan pakaian tradisi. Sesudah menggayakan entah berapa pasang baju kurung mahupun baju Melayu, tentunya ada sesetengah daripada korang yang tercari-cari pakaian alternatif bagi menggantikan baju Raya.
Well bagi kami, tidak semestinya korang tidak boleh tampil lebih kasual untuk beraya dan mengambil OOTD bersama yang tersayang. Sebaliknya, semua bergantung kepada kreativiti dan mood korang ketika berpakaian.
REMAJA menyahut cabaran untuk mencari persalinan alternatif beraya yang bukan sahaja menyelesakan dan sopan; malah mengetengahkan personaliti korang.
Kami telah ke butik Pull & Bear di ibu kota bagi menyuai padankan beberapa looks bagi lelaki dan perempuan ketika bertandang ke rumah terbuka.
Lelaki Pun Nak Beraya
Bagi lelaki yang menggemari palet warna neutral, you are in luck kerana Pull & Bear kini ada menawarkan berbagai-bagai pilihan pakaian dan aksesori yang terdiri daripada rona bumi (earth colour), beige, putih dan ia terdiri daripada fabrik yang ringan serta tidak memanaskan.
Lihat sajalah pada padanan baju T bersama seluar linen dan gelang tangan ini. Bukan sahaja palet neutral sebegini mudah disesuaikan untuk ke mana-mana sahaja. Bahkan, korang juga mudah menaikkan serinya dengan menambah padanan pakaian atau aksesori berwarna terang.
Kemeja berpotongan loose ini juga adalah antara yang menjadi kegemaran kami memandangkan ia mempunyai corak geometri atau corak abstrak seperti di bawah yang membuatkannya pop out.
Dipadankan pula dengan seluar pendek, gaya ini bersesuaian untuk korang mengelilingi kota di bawah cuaca panas sekarang.
Stokin berkonsepkan nama pasukan bola lisut liga Amerika dan topi jenis beanie pula menjadi pelengkap gaya.
Menariknya jika korang perasan, setiap satu pakaian dan aksesori lelaki Pull & Bear yang dipilih oleh REMAJA ini bermain dengan pelbagai jenis tekstur. Siapa kata lelaki tidak boleh tampil menarik biarpun kekal dengan gaya minimal?
Tak Sangka Ada Kaftan!
Memasuki 15 hari terakhir sambutan Aidilfitri pada tahun ini, tentunya korang inginkan sesuatu yang menyelesakan namun masih kelihatan effortlessly chic.
Siapa sangka, di Pull & Bear juga ada menawarkan beberapa pilihan kaftan untuk perempuan selain padanan two piece blaus dan skirt labuh dengan corak tie-die.
Kata kuncinya adalah layering atau penggayaan berlapis agar gaya korang bertambah stylish.
REMAJA memilih dua jenis persalinan kaftan dengan corak berbeza; bergantung kepada mood sekiranya inginkan gaya yang lebih neutral ataupun dambakan percikan warna bagi menyambut bulan mulia ini.
Kami juga menggemari helaian kot labuh lengan panjang ini untuk disatukan dengan gaya kaftan tadi sekiranya cuaca bertukar sejuk. Pada pandangan pertama, ia mungkin kelihatan tebal namun percayalah, fabrik yang digunakan ini cukup selesa pada kulit.
Haa, sekarang korang sudah memiliki idea baharu bagaimana untuk menggayakan baju Raya yang lebih kasual pada Aidilfitri tahun ini. Pull & Bear je gaiss.. pasti akan ada pujian yang bakal dilayanhkan kepada korang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source