Peguam akan siasat dakwaan Syamsul Yusof pernah lafaz talak terhadap Puteri Sarah
Peguam syarie mewakili pengarah popular, Syamsul Yusof iaitu Azmi Rais akan meneliti mengenai dakwaan anak guamnya pernah dua kali melafazkan talak terhadap isteri pertama, Puteri Sarah Liyana.
Menurut laporan mStar, Azmi berkata, dia dimaklumkan berhubung perkara tersebut baru-baru ini sekali gus tidak mahu mengulas lanjut sehingga pihaknya memperoleh keputusan hasil semakan.
Foto: mStar
“Kami akan jalankan siasatan terhadap dakwaan tersebut. Saya pun tidak boleh komen lanjut dan akan buat semakan terlebih dahulu,” katanya.
Azmi berkata, dia juga belum mengadakan perbincangan dengan pengarah berkenaan dakwaan itu kerana memberi fokus terhadap perbicaraan kes Syamsul dan Puteri Sarah yang akan berlangsung dalam tempoh terdekat.
Foto: Utusan
“Saya belum lagi berbincang dengan Syamsul mengenai perkara ini dan mendapatkan kepastian dari Syamsul,” ujarnya.
Tambah Azmi, sebutan kes nusyuz antara pasangan itu akan berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 8 Mei, manakala sebutan kes cerai pula akan dibicarakan semula di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 25 Mei.
Foto: mStar
Jumaat lalu, Harian Metro menerusi sumber memaklumkan, Puteri Sarah yang juga pelakon popular didakwa pernah diceraikan dua kali oleh suaminya.
Sumber terbabit mendakwa, kedua-dua lafaz talak itu pernah direkodkan di Mahkamah Syariah Petaling Jaya, Selangor pada September 2020.
Sumber: mStar (Farol Hadi)
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v15.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source