Anak-anak restu, Cat Farish dalam proses kenal hati budi Shikin Maembong
Penyanyi dan komposer Cat Farish mengaku sedang dalam proses mengenali kakak kepada pelakon popular, Emma Maembong iaitu Shikin Maembong sejak sebulan lalu.
Menurut laporan mStar, Cat atau nama sebenarnya Farish Ramli berkata, hubungan mereka mula terjalin sewaktu bersama-sama membuka gerai berniaga di sebuah festival jualan Aidilfitri pada Ramadan lalu.
“Sekarang ini saya memang dengan dia (Shikin), kami sedang dalam proses kenalkan anak-anak kami. Hubungan kami pun baru lagi dalam sebulan macam itu.
“Hubungan kami mula dengan perniagan, sama-sama ada minat berniaga. Kami kenal pun ketika buka gerai di Starvendor,” katanya.
Mengulas lanjut, penyanyi berusia 49 tahun itu memaklumkan, dia terbuka hati untuk mengenali Shikin selepas menerima maklum balas positif daripada anak-anaknya berhubung kehadiran wanita tersebut.
“Memang masih dalam sesi kenal hati budi lagi, macam saya pun pada mulanya tidak mahu beriya mencari pengganti tapi apabila anak-anak serasi dengannya, mereka pula yang lebih lincah berkomunikasi dengan Shikin.
“Memang agak terkejut dengan reaksi mereka apatah lagi anak sulung saya memang cukup susah nak rapat dengan orang. Betitik tolak daripada itu, kami mula berjumpa lagi dan dia juga ada tolong saya masa hari raya tempoh hari,” ujarnya.
Tambah Cat, dia enggan peduli sekiranya dianggap masih awal bagi mencari pengganti apatah lagi baru bercerai selain tidak menolak jika berjodohan dengan wanita berusia 40 tahun itu.
“Kalau ikutkan nak esok (kahwin), tapi kalau mengikut ramalan bulan dan bintang mungkin hujung tahun. Semuanya kenalah dengan cara yang betul.
“Kami memang ada bercakap mengenai perkara ini tapi baru sekadar bercakap. Kalau boleh memang nak cepat sebab kami banyak berniaga bersama.
“Tak manis juga kalau orang tengok kami asyik berdua sahaja. Umur masing-masing pun bukan 30-an, kalau dah berusia ini, bercinta sangat tak sesuai. Baik cepatkan perkara baik.
“Takkan nak dukung anak kecil lagi bila usia dah cecah 50 tahun,” kongsi anggota kumpulan Ruffedge itu.
Untuk rekod, Cat pernah berkahwin dengan Hartiny Ramli dan bercerai pada April 2016. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nia Karlyssa, 15, Eva Latheefa, 13 dan Qul Iskandar, 12 tahun.
Dia kemudian mendirikan rumah tangga dengan Suriani Hassan pada 20 November 2020, namun jodoh mereka terlerai pada Februari lalu tanpa dikurniakan zuriat.
Shikin pula pernah berkahwin dengan anak cef selebriti, Datuk Chef Wan iaitu Mohd Nadzri Redzuwan pada 5 Disember 2014, tetapi bercerai dua tahun kemudian.
Hasil perkahwinan berkenaan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Putri Arianna Natasya yang kini berusia lapan tahun.
Malah, Shikin atau Siti Nur’ Ashikin Ismail juga pernah bergelar isteri kedua pada Mac 2020 namun mengambil keputusan untuk bercerai tahun lalu.
Sumber: mStar (Maszuhaira Sarimin), Instagram Cat Farish & Shikin Maembong
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v15.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source