“Kami tahu arwah sakit jantung. Tapi dia nak rahsiakan, takut tak dapat tawaran kerja”
Pelakon senior, Didie Alias dan keluarga mengetahui tentang sakit jantung dihadapi oleh bekas suaminya, Allahyarham Ridzuan Hashim yang menghembuskan nafas terakhir hari ini.
Menurut laporan Harian Metro, dia pernah berbincang dan meminta anak-anak untuk menemani Ridzuan yang juga aktor oleh kerana arwah tinggal bersendirian.
Foto: Harian Metro
“Kami semua dalam keluarga memang tahu bahawa arwah menghidap sakit jantung sejak tiga tahun lalu. Tapi, dia nak rahsiakan sebab takut tak dapat tawaran kerja.
“Tiga tahun lalu, dia pernah diserang serangan jantung selepas bermain bola. Jadi, apabila dia sesak nafas, dia dibawa ke hospital dan sejak itulah kami tahu dia sakit jantung.
“Dia tinggal bersendirian, jadi kami anak beranak berbincang untuk anak-anak menjaganya. Jadi, sejak tahun lalu, anak saya Muhammad Dhanial menjaganya di rumah dan menemaninya.
“Kami takut benda-benda tak diingini berlaku bila dia bersendirian,” kata Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd @ Ali.
Didie berkata, arwah sepatutnya menghadiri majlis perkahwinan Dhanial yang akan berlangsung dua minggu lagi sekali gus membuatkan anak mereka itu terkilan tanpa kehadiran bapa.
“Dhanial akan bernikah pada 20 Mei nanti. Jadi, itu yang membuatkan rasa terkilan dan sangat sedih. Ayahnya beritahu, dia akan ikut ke Tawau untuk majlis pernikahan.
“Dhanial pun dah siapkan tiket penerbangan dan baju untuk ayahnya. Memang dia anak lelaki yang rapat dengan ayahnya. Memang ada rasa ralat sedikit sebab tak dapat raikan hari bahagia dengan ayahnya,” ujarnya.
Namun begitu, Didie bersyukur apabila mereka sekeluarga pernah berkumpul dan menyambut Hari Raya bersama dipercayai pada tahun lalu.
“Selepas lebih 20 tahun, kami disatukan semula dalam keluarga. Walaupun dia bekas suami saya, tapi kami beraya bersama dan saya bawa dia balik ke kampung mentua saya.
“Kami dalam keluarga panggilnya ‘baby’ sebab kami menjaganya seperti anak kecil.
“Dia memang sangat penyayang dengan anak-anaknya. Saya rasa gembira sangat kerana dua tiga tahun kebelakangan ini, kami dapat bersatu semula dan macam satu keluarga yang bahagia,” kongsi.
Untuk rekod, Didie dan Ridzuan berkahwin pada 1991 dan bercerai 11 tahun kemudian. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan lima cahaya mata.
Sumber: Harian Metro (Syafil Syazwan Jefri), Instagram Ridzuan Hashim & Dhaniyah Ridzuan
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v15.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source