Saari Amri tegur tindakan Hattan, sepatutnya lebih sopan
Komposer dan penulis lirik, Saari Amri tidak setuju dengan tindakan Datuk Hattan ‘menyekolahkan’ penyampai berita Astro Awani iaitu Nursyazwani Saiful Sham ketika penyanyi itu ditemu bual secara siaran langsung minggu lalu.
Menurut laporan mStar, komposer berusia 57 tahun itu berkata, Hattan sepatutnya lebih sopan apabila bercakap apatah lagi membawa imej sebagai penyanyi senior ataupun otai.
“Cara dia cakap tu memang brutal.. dia pernah pergi haji, ada gelaran Datuk. Sepatutnya kawal sikit cara percakapan tu. Jangan fikir dia tu ‘star’, cakap ikut sedap mulut je,” katanya.
Saari berkata, penyanyi lagu Bisa Bonar itu sememangnya mempunyai karakter agak kasar dan tidak bertapis apabila melontarkan pendapat mengenai sesuatu perkara
“Saya sudah lama kenal Hattan dan tahu bagaimana karakternya… mulutnya memang ‘laser’ dan tidak bertapis. Pada saya, itu cara dia. Tapi kalau kita jenis berfikir dan matang, cakap tu sepatutnya sopan sikitlah,” ujarnya.
Mengulas lanjut, Saari menyifatkan Hattan tidak perlu membuat permohonan maaf kerana boleh mencalarkan imej sebagai ‘orang lama’ selain sifat kelakian juga dikatakan akan tercabar.
“Bagi saya dia tak perlu minta maaf sebab itu memang gaya dia, lagipun kalau dia buat permohonan maaf kejantanannya akan tercabar… jadi lebih baik diam sahaja.
“Secara peribadi dia (Hattan) memang seorang yang susah nak minta maaf,” kongsinya.
Walau bagaimanapun, Saari berkata, dia tidak terasa hati apabila disangka sudah meninggal dunia oleh penyampai berita itu dalam temu bual berkenaan.
“Apabila pembaca berita itu menyebut nama saya, terkejut juga tapi tak sangka masih ada orang ingat saya lagi. Tiada masalah atau terguris hati walaupun nama saya tersalah sebut oleh pembaca berita itu yang menganggap saya sudah tiada.
“Saya rasa bangga pula sebab sekurang-kurangnya ada yang mengenali Saari Amri,” katanya lagi.
Terdahulu, Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin ditemu bual sebelum mendakwa penyampai berita itu tidak membuat kajian berhubung pemergian bekas vokalis kumpulan XPDC iaitu Allahyarham Mael.
Sekadar info, Saari banyak mencipta lagu yang menjadi fenomena dalam industri antaranya Madah Berhelah, Di Sana Menanti Di Sini Menunggu, Sembilu, Gerimis Mengundang dan banyak lagi.
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v15.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source