Sup Ikan Menyihatkan Tubuh Badan, Terutama Buat Ibu Berpantang
Sup ikan merupakan salah satu makanan yang sangat berkhasiat untuk ibu berpantang. Pemilihan ikan juga sangat penting dalam memberikan khasiat tertentu yang diperlukan oleh ibu berpantang.
Antara ikan yang boleh dimakan oleh ibu berpantang dan sesuai untuk dijadikan sup ialah ikan merah, ikan jenahak, ikan tenggiri, ikan salmon, ikan haruan dan ikan siakap. Antara khasiat ikan ini ialah mempunyai khasiat dan zat dalam menyembuhkan luka dalaman serta luaran terutamanya untuk ibu yang bersalin secara pembedahan.
Selain itu, kalori yang tinggi pada ikan seperti ikan tenggiri berfungsi untuk memberi tenaga dan memberi zat kepada ibu yang menyusukan anak. Kandungan omega 3 yang baik untuk kecerdasan dan menghindarkan kecacatan pada bayi.
Khasiat ikan juga berfungsi untuk mengelakkan ibu berpantang daripada kemurungan selepas bersalin, memperbaiki fungsi otak, dan membantu sistem saraf bayi. Jom lihat resepi sup ikan yang dikongsikan.
Resepi ini dikongsikan oleh Kumpulan Ilham Resepi di Facebook.
RESEPI SUP IKAN
# Sup Ikan
Bahan- bahan:
– Ikan (meraj/ jenahak/ tenggiri/ siakap) – lumur ikan dengan garam, goreng dan ketepikan,
*tak goreng pon boleh… (pilihan masing- masing)
– Bawang putih – kisar
– Bawang merah – kisar
– Halia – kisar
– Sup bunjut ikan
– Air
– Sayur (lobak, bunga kobis)
– Lada hitam
– Daun sup
Cara- cara masak:
1. Masukkan bahan kisar, air, dan sup bunjut ikan ke dalam periuk.
2. Masukkan sayur lobak dan bunga kobis.
3. Bila sayur dah hampir lembut, masukkan ikan.
4. Akhir sekali, masukkan garam dan lada hitam… bila kuah dah mendidih boleh tutup api… siap.
5. Taburkan daun sup sebelum hidang.
Baca Juga:
Sup Ayam Singo Pear, Baik Untuk Batuk Dan Selesema, Mudah Dan Sedap!
Serunding Halia Untuk Ibu Berpantang, Buang Angin Dan Meringankan Badan
Resipi Bubur Oat Sihat, Sesuai Untuk Ibu Diet Tapi Nak Makan Best!
Mudah sahaja resepi yang dikongsikan. Ibu berpantang pon boleh masak, tapi lagi bermakna jika suami tolong sediakan untuk isteri. Makin bertambah rasa sayang. Selamat mecuba dan semoga bermanfaat.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source