Buang ketumbuhan di kepala, kekasih Shila Amzah selamat jalani pembedahan
Kekasih penyanyi Shila Amzah, Ubai selamat melakukan pembedahan bagi membuang ketumbuhan pada bahagian kepalanya di sebuah klinik swasta di ibu negara, pagi tadi.
Menurut laporan mStar Online, pempengaruh media sosial berusia 25 tahun itu berkata, dia membuat keputusan atas nasihat doktor selepas menyedari tentang ketumbuhan tersebut sejak tiga tahun lalu.
“Hanya pembedahan kecil sahaja membuang ketumbuhan di bahagian kepala. Saya dah mula kesan sejak tiga tahun lalu masalah ini.
“Ia semakin membesar dan doktor juga nasihatkan supaya buang agar tidak menjadi lebih besar sebab itu saya lakukan pembedahan,” katanya.
Sementara itu, Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli turut bersyukur kerana proses pembedahan kecil itu berjalan dengan lancar.
Pada masa sama, Ubai memaklumkan dirinya masih dalam keadaan lemah selain memerlukan rehat yang secukupnya atas nasihat doktor.
“Syukur semuanya selesai. Sekarang tengah berehat lagi dan masih dalam keadaan lemah lagi,” ujar lagi.
Sebelum itu, Ubai ada memuat naik beberapa perkongsian di InstaStory termasuk sekeping gambar bersama teman wanitanya selepas selesai menjalani pembedahan.
Minggu lalu, dia berkongsi berita duka mengenai pemergian adik lelakinya Muhammad Azrullah yang meninggal dunia dipercayai akibat kemalangan jalan raya.
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v15.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source